Khababe Lame, TikTokers terkenal hanya menggunakan mimik muka
KORANG mesti kenal Tiktokfamous, Khaby kan? Nama sebenarnya Khabane Lame, seorang warga Itali kini menjadi fenomena di aplikasi TikTok. Mempunyai lebih 34 juta pengikut, pemuda berusia 21 tahun itu mempunyai paling banyak pengikut di media sosial seluruh dunia.
Dia menjadi tular apabila videonya memberi reaksi selamba kepada satu video tutorial mengupas pisang menggunakan pisau. Jika tutorial itu menggunakan pisau, dia hanya mengopek pisang tersebut menggunakan tangan. Videonya itu mendapat hampir 2 bilion tontonan dan muncul sebagai video yang paling kerap ditonton.
View this post on Instagram
Baca juga: Ceburi bidang automotif, gadis bangga jadi mekanik
Khabane menjadikan terkenal walau pun videonya itu tanpa sebarang dialog, hanya menggunakan wajah dan mulutnya sahaja untuk memberi reaksi kepada sesuatu video tutorial.
Sebelum ini dia sememangnya sudah terkenal kerana sudah mempunyai 3 juta pengikut sebelum video mengopek pisang tersebut dan menjadikannya antara 100 orang Tiktokers teratas terkenal.
Menurit laporan Courier Area of Sera, , Khaby sudah merangka beberapa projek untuk menjamin masa depannya kerana tidak mahu terus leka dalam populariti yang ada sekarang.
Baca juga: Dulu gelandangan bawah jambatan, kini jadi model terkenal
Dia juga berhasrat untuk menolong ibu bapanya yang berhijrah ke Itali ketika dia berusia setahun. Khaby tidak malu untuk menunjukkan kawasan tempat tinggalnya kerana disitulah tempat dia membesar.
Khaby tidak menyangka akan menjadi terkenal ketika membuka akaun TikToknya dahulu. Hal ini kerana, aplikasi itu hanya untuk menghilangkan kebosanan ketika menjalani yang lock down ditetapkan negaranya setahun yang lalu.
Siapa sangka, dengan hanya menggunakan mimik muka tanpa mengeluarkan suara, Khabane Lame mampu menjadi terkenal dan memperoleh pendapatan yang lumayan.
Sumber: Olhar Digital
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang