Lahir awal 7 minggu , wanita bersalin bayi lelaki dalam pesawat ke Brunei
LAHIR awal tujuh minggu. Satu kebetulan! Situasi cemas berlaku apabila seorang wanita melahirkan bayi dalam pesawat.
Itulah yang terjadi baru-baru ini apabila seorang penumpang wanita melahirkan bayi lelaki tanpa dirancang dalam pewasat dari Dubai ke Bandar Seri Begawan, Brunei.
Menurut laporan Borneo Bulletin, berikut info kejadian;
1. Kakitangan syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) berdepan detik cemas apabila seorang wanita melahirkan bayi lelaki dalam pesawat tersebut, kelmarin.
2. Penumpang bernama Jenny Rose Josoy, selamat melahirkan anaknya tujuh minggu lebih awal daripada jangkaan tarikh untuk bersalin.
3. Selain pramugari Dayang Siti Nurhafizzah Metassan, proses kelahiran bayi tersebut turut dibantu oleh pegawai penerbangan Romzi Mohamad Yusof dan seorang lagi penumpang Dr Mulfi Ibrahim Alkhinjar.
4. Detik berharga itu turut dikongsikan RB menerusi satu muat naik foto di laman Instagram sehingga menerima lebih 22,000 tanda suka dan ratusan komen warga maya.
Baca juga Dek kalah 'game', pengantin perempuan dipukul di pelamin, ini tip kenali lelaki baran
Sementara itu, Dr Mulfi Ibrahim berkata, dia gembira dan membesar hati kerana dapat membantu bagi mengeluarkan bayi berkenaan dengan selamat.
"Romzi sangat teratur dan membantu. Kakitangan RB kelihatan terlatih untuk situasi seperti ini, cepat bertindak dengan cara yang sewajarnya. Bantuan mereka membuatkan situasi berjalan lancar," katanya.
Romzi pula berkata, kejadian terbabit merupakan pengalaman keduanya dalam membantu penumpang yang mengalami kontraksi hamil sekali gus sedikit sebanyak membantu proses melahirkan.
"Pada mulanya kami menyangka wanita itu mengalami sakit perut biasa, tetapi selepas melihat surat kesihatannya berhubung kandungan sudah mencecah usia 33 minggu barulah kami menyedari bahawa dia sudah menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin," ujarnya.
Meninjau di ruangan komen posting itu, rata-rata bertanya jika bayi tersebut akan mendapat hadiah tiket penerbangan percuma seumur hidup seperti berlaku kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan dalam EgyptAir, dua tahun lalu.
View this post on Instagram
Ujar mereka;
"Does the baby get lifetime special rate flights? Or free?"
"Will the baby be awarded with lifetime free flights like some airways do?"
"Well done team rb eeee handal jua boleh jua mengulin jadi bidan!"
"Place of Birth: In the clouds. Well done RB, the crews & Dr onboard."
Baca juga Pasangan warga emas baru kenal 10 hari, terus berkahwin. Pindah ke rumah isteri bawa motor saja
"Masya-ALLAH this baby is sooooo lucky. Congratulation Madam on your new arrival also Hats off to RB crew operating! GREAT JOB."
"Superb job Doctor and Team RB!! Being a new mother myself, the weight of what the team has done is immeasurable. So proud!
Sumber: Borneo Bulletin
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang