Macam-macam! Bomoh Jawa pakat 'hantar' jin lindungi Palestin, ritual sihir dan roket ghaib buat rejim Zionis

A
A
A

MUSIBAH berdarah yang melanda umat Islam di bumi Palestin baru-baru ini bukan saja menyuntik perasaan amarah rakyat negara ini, bahkan seluruh dunia.

Masakan tidak, serangan udara rejim Isrel terhadap penduduk di Gaza ketika bulan Ramadan dan Syawal memang cukup tidak berperikemanusiaan.

Media sosial seluruh dunia tidak henti-henti melaporkan tragedi mengerikan lebih-lebih lagi telah mengorbankan ratusan nyawa melibatkan anak kecil, wanita dan warga emas tidak berdosa.

palestin

Ya! Memang sakit hati dan sedih melihat ramai yang tidak bersalah terkorban begitu saja. Anak kecil kehilangan ibu dan ayah sekelip mata.

Foto dan video kekejaman zionis Israel yang tular dalam media sosial membuatkan ramai bangkit menunjukkan solidariti masing-masing terhadap Palestin.

Bukan saja Malaysia, negara jiran seperti Indonesia pun ada cara tersendiri menunjukkan sokongan mereka terhadap rakyat di Baitulmaqdis dan Gaza tersebut.

Lapor Kang Ujang Busthomi melalui perkongsian saluran Youtube mendedahkan, sekumpulan bomoh di Cirebon, Jawa, Indonesia yang melakukan ritual sihir dan roket ghaib untuk dihantar ke Isreal.

bomoh Jawa hantar jin ke Palestin

Ya! Bunyinya agak melucukan, tetapi itu dikatakan salah satu usaha bomoh Jawa tersebut yang cuba mahu membela nasib rakyat Palestin.

Lebih mengejutkan, mereka berpakat untuk menghantar jin bagi melindungi Baitulmaqdis dan Gaza daripada serangan roket, malahan tempoh penghantaran jin tersebut mengambil masa dua hari.

bomoh Jawa hantar jin ke Palestin

Dalam video berdurasi 22 minit 22 saat itu, individu yang dikenali dengan nama Ustaz Ujang Busthomi memaklumkan menerima pelawaan untuk hadir menyaksikan ritual tersebut.

Kunjungan beliau bersama pasukannya ke perkampungan Sinarancang tersebut melihat sekumpulan lelaki mengelilingi kain putih sambil membaca jampi serapah.

bomoh Jawa hantar jin ke Palestin

Tidak lama selepas itu, muncul lebih ramai lelaki yang masing-masing menutup mata mereka dengan kain merah dan hitam sebelum mengelilingi bulatan.

Aduhai, macam-macam ya penangan orang Indonesia ini yang sememangnya buat ramai terhibur dengan idea pelik-pelik sekali gus menarik perhatian umum.

bomoh Jawa hantar jin ke Palestin

Siapa sangka, video yang tular itu menerima lebih 868,000 tontonan dan lebih 34,000 tanda suka.

Ramai netizen mengikuti perkongsian video itu kerana Ustaz Ujang Busthomi merupakan seorang Youtuber terkenal dengan konten paranormal di Indonesia.

Pada akhir video tersebut, beliau turut mengingatkan bahawa aktiviti syirik boleh mengugat iman, meskipun dengan niat yang baik. Justeru katanya, bertawakal dan memohon pertolongan hanya pada ALLAH SWT.

bomoh Jawa hantar jin ke Palestin

Apapun kita sebagai umat Islam, jangan terpengaruh ya? Tetapkan iman kepada ALLAH SWT yang satu dan kepada-NYA kita memohon pertolongan.

Sesungguhnya, berita gencatan senjata antara rejim Zionis dan pejuang Hamas yang diumumkan semalam memberikan satu berita gembira. Pun begitu, tidak sampai 24 jam pun, negara itu kembali bergolak.

Moga bantuan dan sumbangan yang dihulurkan rakyat Malaysia sampai terus kepada penduduk yang terjejas supaya kebajikan mereka terbela sebaiknya. #selamatkanpalestine

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang