'Syed Saddiq junior, macam nak ke Parlimen' - Anak sulung Bella Astillah ada buku nota, bawa beg kerja persis daddy ke Children's Day

No Image Caption
A
A
A

ANAK sulung Bella Astillah, Mohamad Ayden Adrean mencuri perhatian apabila dilihat mula mengikut jejak bapa tirinya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ayden dilihat membawa sebuah buku nota kecil berwarna biru muda, persis kebiasaan Syed Saddiq ketika menjalankan tugas atau keluar bersama keluarga.

Perkara itu turut dikongsikan menerusi Instagram Bella Astillah World sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-rata teruja melihat gelagat Ayden.

"Nampaknya Ayden pun dah ada notebook kecil di tangan follow daddy. Memang Syed Saddiq Junior 2.0. Mesti mummy Ayden bangga kan Ayden ada daddy Syed Saddiq. From this posting pun, kita tahu Bella memang sangat bahagia. Alhamdulillah," tulis akaun berkenaan.

Bukan sekadar ada buku nota, Ayden turut membawa beg yang menyerupai beg kerja atau beg bimbit milik Syed Saddiq ke sekolah.

No Image Caption

Gelagat itu mencuit hati Bella yang sempat berseloroh melihat penampilan anaknya sempena sambutan Hari Kanak-Kanak (Children's Day).

"Dia bilang ada Children's Day tapi beg macam mau pergi Parlimen," seloroh si ibu.

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mengundang komen positif warganet yang melihat pengaruh Syed Saddiq dalam kehidupan Ayden, khususnya dari segi pembentukan peribadi dan sikap ingin tahu.

Artikel Berkaitan:

Malah, ada yang berpendapat kehadiran figura seorang bapa dalam kehidupan kanak-kanak mampu memberikan kesan besar terhadap proses pembesaran mereka.

"He really needs the father figure. Tengok betul-betul, he copies the good traits of YB. He really has a pure heart."

"Daddy is a role model. Besar pengaruh seorang ayah pada anak-anak. Happy tengok Ayden dan Ara sekarang. Moga success selalu."

"Besar kesannya. Anak itu tidak pegang telefon di tangan, akan fokus untuk mencari maklumat daripada sesuatu perbualan dan lebih cakna. Anak saya yang berusia enam tahun pun macam ini, buku sentiasa di tangan. Bezanya bukan notebook, buku biasa sahaja. Tetapi kesannya saya nampak. Good job, Ayden."

"Ayden perlukan perhatian sosok seorang bapa, YB hadir tepat pada masanya."

No Image Caption

Terdahulu, Syed Saddiq pernah berkongsi dia mencatat coretan atau abadikan kenangan yang dilalui agar dapat dikenang kembali kelak sebagai ingatan dalam bentuk kata-kata.

Malah dalam buku nota berkenaan beliau mencatat perkataan Bahasa Inggeris yang ingin dipelajari dan diaplikasikan sebanyak 10 kali sehari.

Menurut abang Syed Saddiq, Syed Salleh, kebiasaan adiknya itu bermula ketika menuntut di Maktab Tentera Diraja yang mana buku nota digunakan Syed Saddiq untuk mencatat pelbagai perkara.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu.

Bella memiliki sepasang cahaya mata iaitu Ayden dan Ara Adreana daripada perkahwinannya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Sumber: Instagram Bella, Instagram Bella Astillah World

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang