Mahu belikan baju dan kuih raya untuk anak, lelaki ini sanggup jadi kuli angkat batu besar

A
A
A

KASIH ibu sampai ke syurga. Sayang ayah tiada akhirnya.

Itu perumpamaan yang sesuai menggambarkan kisah seorang lelaki yang dikenali dengan nama Warni yang gigih mencari wang.

Masakan tidak, Warni sanggup menjadi buruh kasar dan berjemur di tengah panas.

Semua itu dilakukan demi wang tambahan untuk membeli baju raya baharu buat isteri dan anaknya.

Lapor merdeka.com, Warni bekerja sebagai kuli mengangkat sisa batu untuk sebuah projek pembinaan jalan di Pulau Kalimantan, Indonesia.

Kerjanya nampak mudah tetapi memerlukan kudrat yang banyak. Ditambah pula dengan keadaan ketika itu masih dalam bulan puasa. Memang mencabar sungguh.

lelaki angkat batu beli baju raya

Menurut portal tersebut, Warni bersama dua lagi rakannya sanggup bekerja sebagai kuli demi upah hanya RM14.90 sehari.

Walaupun upah itu sangat rendah, lelaki itu sanggup melakukan apa juga kerja halal asalkan orang rumah dan anaknya gembira.

lelaki angkat batu beli baju raya

"Panas dan terik matahari tak menjadi penghalang untuk saya mencari rezeki kalau semua ini boleh membahagiakan keluarga.

"Kalau dapat lebih, bolehlah beli kuih raya untuk dibawa balik kampung nanti," katanya.

ANGKAT BATU BESAR

Disebabkan desakan hidup, Warni antara pekerja buruh yang paling berusaha keras mencari duit poket lebih sempena lebaran kali ini.

lelaki angkat batu beli baju raya

Kata Warni, kos sara hidup yang tinggi mendorongnya untuk melakukan dua kerja dalam sehari.

"Kalau tak buat begini, bagaimana nak teruskan hidup? Duit banyak kena pakai untuk isi perut anak isteri," katanya.

Baca juga Dipandu Rindu, filem pendek menyentuh perasaan di antara ayah dan anaknya sempena raya ini. Memang tak tahan sebak!

Kalau menonton video yang dikongsikan, Warni dan rakannya mengerah sepenuh kudrat untuk mengangkat batu besar yang perlu dimasukkan ke dalam lori secara manual.

lelaki angkat batu beli baju raya

Batu tersebut berada di tepi sepanjang jalan yang sudah dibersihkan dan perlu dibuang ke tempat lain.

Ia bagi memudahkan kerja penurapan jalan dilaksanakan untuk peringkat seterusnya.

Baca juga Abang sanggup berhenti sekolah bekerja sara keluarga, aksi gadis sarungkan jubah konvo undang sebak warga maya

Rata-rata warganet memuji kesungguhan seorang bapa yang sanggup berkorban mencari rezeki demi insan tersayang.

lelaki angkat batu beli baju raya

Moga kisah Warni menjadi pembangkit semangat buat semua khususnya para ayah untuk terus bekerja keras.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang