KEHANGATAN Aidilfitri semakin terasa. Kenderaan di Lembah Klang semakin susut apabila masing-masing sudah bergerak ke kampung halaman.

Menyemarakkan lagi kehangatan lebaran, platform untuk membeli dan menjual kereta terpakai yang dikuasakan oleh Carro, myTukar menghasilkan filem pendek pertama yang bertemakan perayaan.

Ia antara lain menonjolkan kepentingan nilai kasih sayang, persefahaman dan kebersamaan.

Naskhah itu turut akan ditayangkan di Singapura, Indonesia dan Thailand, masing masing merupakan pasaran untuk syarikat induk myTukar, Carro.

Filem yang diberi tajuk Dipandu Rindu itu mengisahkan cerita tentang seorang ayah dan anaknya yang duduk berjauhan.

Walaupun si anak sibuk dengan kerja, ayahnya tetap berazam untuk merapatkan mereka dengan membaiki kereta lamanya bersama-sama.

Adakah si anak akan memahami isi hati ayahnya dan pulang ke kampung untuk perkara yang lebih penting daripada kerjayanya? Anda kena saksikannya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif, myTukar Derrick Eng berkata, sebagai salah satu jenama Malaysia, pihaknya ingin mengetengahkan kepentingan utama Hari Raya.

“Kami berharap agar filem mini ini dapat bergema dengan jiwa kita, warga Malaysia yang sibuk dengan pekerjaan masing-masing dan juga bekerja keras untuk juga meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang walaupun ia bukan ketika musim perayaan,” katanya.

Filem pendek ini dapat ditonton di channel YouTube myTukar dan Carro.

Iklan

Okey, tidak hanya itu. Berita baik untuk anda semua.

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000 dan penjimatan hingga RM27,000 untuk kereta myTukar Certified terpilih dari 1 Mac hingga ke 19 Mei ini.

Hadiah-hadiah menarik ditawarkan seperti lima set tiket melancong ke Seoul, Korea yang ditanggung sepenuhnya bernilai RM11,600 setiap satu, 11 buah televisyen berjenama Phillips bernilai RM1,799 dan 300 kad pengisian petrol bernilai RM100 setiap satu.

Iklan

Promosi lain termasuk:

  1. Diskaun 30 peratus untuk perkhidmatan cat keseluruhan kereta dan khidmat penyalutan lampu depan percuma serta semburan semula semua rim bernilai RM800.
  2. Diskaun 50 peratus diskaun ke atas perkhidmatan penjajaran dan pengimbangan tayar kereta.

Untuk maklumat lanjut berkenaan tawaran istimewa sempena musim perayaan ini, layari laman mikro myTukar atau kunjungi myTukar Retail Experience Centre berdekatan dengan anda hari ini.

BACA JUGA: Aplikasi Amazon Freevee platform tonton filem, drama hit percuma tanpa had

BACA JUGA: ‘Filem Anwar bakal temui penonton tidak lama lagi’