Patutlah atlet Olimpik Tokyo 2020 dilarang gigit pingat. Ini sebabnya...
Jangan lupa follow kami di Instagram!
RUTIN menggigit pingat atau medal pada acara sukan sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan atlet.
Menyorot sejarah pada zaman dahulu tabiat menggigit medal adalah untuk memastikan ia tidak diperbuat daripada logam tiruan.
Pun begitu, berlainan situasinya di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila penganjur meminta para atlet berfikir dua kali untuk menggigit medal dimenangi.
Ini disebabkan semua pingat pada kejohanan kali ini diperbuat menggunakan bahan elektronik yang dikitar semula seperti telefon bimbit.
Jawatankuasa penganjur memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter.
“Kami ingin mengesahkan secara rasmi bahawa pingat #Tokyo2020 tidak boleh digigit!
“Pingat kami diperbuat daripada bahan yang dikitar semula seperti alat elektronik sumbangan masyarakat Jepun.
“Jadi, usah menggigitnya ...tetapi kami tahu anda akan tetap melakukannya (gigit medal),” katanya.
We just want to officially confirm that the #Tokyo2020 medals are not edible!
Our ??? medals are made from material recycled from electronic devices donated by the Japanese public.
So, you don't have to bite them... but we know you still will ? #UnitedByEmotion
— #Tokyo2020 (@Tokyo2020) ?ref_src=twsrc%5Etfw">July 25, 2021
Terdahulu, sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 pihak penganjur mengambil inisiatif mempromosikan kelestarian alam dengan menghasilkan medal daripada bahan kitar semula.
Kira-kira 78,985 tan peranti atau 6,21 juta telefon terpakai digunakan untuk menghasilkan pelbagai pingat.Telefon yang telah dileraikan menghasilkan 32 kilogram (kg) emas, 3,500kg perak dan 2,200kg gangsa lalu dihasilkan 5,000 pingat.
Baca juga Wang Ganjaran RM2.98 Juta, Penerbangan Percuma Sepanjang Hayat Menanti Hidilyn Diaz
Selain pingat, rangka katil dan tilam di asrama atlet juga berasaskan bahan kitar semula.
Sementara itu, memetik laporan Forbes kali terakhir sukan Olimpik memberikan pingat emas tulen 100 peratus adalah pada tahun 2012, namun ia bersaiz kecil sahaja.
Pada Sukan Olimpik Rio 2016, setiap pingat emas hanya mengandungi enam gram emas bersamaan 1.2 peratus daripada berat keseluruhan medal tersebut.
Sumber: National Post
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang