Penjaga kubur menabung berpuluh tahun untuk tunai haji dengan isteri
HAJI merupakan impian setiap umat Islam. Tidak kiralah tua atau muda.
Namun untuk mencapai impian menunaikan rukun Islam kelima itu, perlulah memasang niat yang betul. Apabila ada niat, semuanya akan dipermudahkan Allah.
Begitu juga dengan seorang warga emas di Indonesia ini, berusia 91 tahun, dikenali Ahmadi yang bekerja sebagai penjaga kubur.
Sejak beberapa dekad yang lalu, lelaki veteren ini berasal dari Desa Gumelar Lor, Kabupaten Banyumas, Jawa Tengah, bermimpi untuk menunaikan haji.
Walaupun keadaaan ekonominya tidak begitu mengizinkan namun itu tidak mematahkan niat Ahmadi untuk menunaikan haji bersama isteri tercinta, Sartoyah.
Maka sejak 20 tahun yang lalu, atuk yang mempunyai 11 anak dan 21 cucu ini bertekad menabung sedikit demi sedikit untuk mencapai cita-citanya mengerjakan ibadah haji.
Sebenarnya, jika melihat kehidupan seharian mereka, keluarga Ahmadi hanya hidup biasa sahaja.
Selain menjaga kubur, Ahmadi ada mengusahakan sebidang kebun dengan menanam sayur-sayuran dan ubi.
Daripada pendapatan yang tidak seberapa itu, setiap kali ada rezeki, Ahmadi akan mengasingkan duit untuk simpanan.
Baca juga [VIDEO] Akibat ‘mandi susu’ dalam kilang susu dua individu dibuang kerja serta-merta
Dipendekkan cerita, atuk Ahamdi berjaya mendaftar untuk menunaikan haji pada tahun 2011.
Namun Ahmadi terpaksa tangguh berangkat ke tanah suci sebanyak tiga kali kerana menunggu giliran isteri tercinta.
Banyak kali ditawarkan untuk menunaikan haji kerana ketika itu Ahmadi sudah lebih usia, namun kerana kasih sayang dan cinta kepada isteri, dia menolak untuk pergi tanpa Sartoyah.
Sehingga satu saat isterinya mendapat giliran pada 2018.
Akhirnya, apa yang ditunggu tiba. Ahmadi dan Sartoyah termasuk dalam senarai menunaikan haji pada tahun 2018.
Oleh kerana berusia lebih dari 90 tahun, dia menjadi jemaah paling tua untuk menunaikan haji dari Indonesia.
Namun Ahmadi amat aktif dan kuat. Dia selalu bersukan pada waktu pagi dan petang bersama-sama dengan aktiviti di kebun yang berjarak satu kilometer dari rumah.
Begitulah kisah romantis Ahmadi dan isteri. Walaupun sudah berusia, cinta dan kasih sayang sentiasa segar.
Moga dapat dijadikan contoh dan teladan dalam kehidupan rumah tangga kita semua.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang