Pesawat China dengan 132 penumpang terhempas, 10 fakta berkaitan
SEBUAH pesawat Boeing 737-800NG China Eastern Airlines Corp yang membawa 132 penumpang dan anak kapal dilaporkan terhempas di wilayah Guangxi di barat daya China, hari ini (21 Mac 2022).
Pesawat tersebut terhempas di barat daya China dengan jumlah kematian masih tidak diketahui.Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari bandar Kunming ke Guangzhou, menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC).
Berikut 10 fakta berkaitan insiden tersebut menurut pelbagai sumber;
1. Menurut jabatan pengurusan kecemasan wilayah Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Pesawat Boeing 737 milik China Eastern Airlines itu terhempas di Daerah Tengxian di bandar Wuzhou, menyebabkan kebakaran di kawasan pergunungan itu.
2. Penjejak penerbangan mengatakan, FlightRadar24, penerbangan China Eastern MU5735 sedang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou, dan pengesanan radar menunjukkan pesawat itu sedang menjunam.
3. Nahas itu disahkan oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China, yang menyatakan terdapat 123 penumpang dan sembilan anak kapal di dalam pesawat.
Baca juga Aksi pawang lakukan ritual ‘tolak hujan’ di litar MotoGP Indonesia jadi sorotan dunia
4. Media tempatan melaporkan, pesawat MU5735 itu tidak tiba di destinasi yang dijadualkan di Guangzhou sejurus berlepas dari bandar Kunming selepas pukul 1 petang waktu tempatan. Setakat ini, China Eastern belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.5. Pesawat yang terlibat bukan jet Boeing Max generasi baharu, model yang terlibat dalam nahas maut sebelum ini. Pesawat jenis itu masih belum kembali memulakan perkhidmatan komersial di China.
6. Menurut laman web Aviation Safety Network, ini adalah kemalangan maut pertama yang melibatkan jet 737-800 sejak 8 Januari 2020.
7. Manakala menurut FlightRadar, Jet China Eastern Airlines terbabit berusia enam tahun.
8. Pasukan kecemasan sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.
9. Berdasarkan pemantauan awal pasukan kecemasan yang tiba di lokasi kejadian, peluang untuk menemukan mangsa masih hidup adalah tipis.
Baca juga "Kembalikan ayahku!" - Anak jadi saksi bapa dibunuh mengamuk, histeria lihat suspek
10. Kawasan lokasi nahas diselubungi asap tebal akibat pesawat yang meletup dan terbakar.
Menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan, kali terakhir China berdepan nahas pesawat adalah pada 2010 apabila 44 daripada 96 orang maut apabila pesawar Embraer E-190 milik Henan Airlines terhempas ketika hampir tiba di lapangan terbang Yichuan.
Insiden itu berpunca daripada jarak penglihatan yang terhad.
Pada 1992, pesawat 737-300 milik China Southern Airlines yang dalam penerbangan dari Guangzhou ke Guiling terhempas menyebabkan semua 141 penumpang terkorban.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Sumber: Reuters, Agensi, Agenda Daily
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang