'Kami mungkin bukan ibu bapa sempurna...' Berpisah tetap bersama raikan anak, Fasha Sandha dan Jejai dipuji matang besarkan zuriat

No Image Caption
A
A
A

HUBUNGAN sebagai suami isteri mungkin sudah berakhir, namun tanggungjawab dan kasih sayang terhadap anak-anak tidak pernah terhenti.

Itulah yang ditunjukkan pelakon, Fasha Sandha dan bekas suaminya,  Toh Muda Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai apabila kedua-duanya dilihat bersama-sama memberikan sokongan kepada anak-anak mereka, Putra Rayfal Ramli,13, dan Putri Raysha Jemyma, 12.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Fasha meluahkan rasa bangga melihat anak-anaknya memberikan usaha terbaik sepanjang acara sukan berlangsung.

"Untuk anak-anak ibu yang tersayang, ibu sangat bangga dengan kalian berdua. 

"Melihat kalian memberikan usaha terbaik pada Hari Sukan membuatkan hati ibu begitu gembira," tulisnya.

No Image Caption

Lebih menyentuh hati, pemilik nama  Nur Fasha Sandha Hassan, 42, turut mengakui dirinya dan pasangan bukanlah ibu bapa yang sempurna.

Bagaimanapun, mereka akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik selain berada di sisi anak-anak untuk memberikan sokongan dalam apa jua keadaan.

"Kami mungkin bukan ibu bapa yang sempurna, tetapi kami akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk kalian dan sentiasa ada untuk memberikan sokongan.

Artikel Berkaitan:

"Kami sayangkan kalian," titipnya.

No Image Caption

Perkongsian itu mengundang reaksi positif warga maya yang menyifatkan tindakan Fasha dan Jejai sebagai contoh baik kepada anak-anak.

Malah, ada yang memuji hubungan kedua-duanya yang masih mampu mengekalkan hubungan baik meskipun sudah membawa haluan masing-masing.

"Alhamdulillah, contoh yang baik pada anak-anak. Good job Fasha dan bekas suami. Walaupun sudah berpisah masih berkawan seperti biasa," komen seorang pengguna Instagram

Sekadar info, Fasha  dan Jejai mendirikan tumah tangga pada 27 April 2012. Bagaimanapun, kedua-dua mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha kemudian berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang