Sayu hati anak yang dikendong meninggal dunia ketika mengemis

A
A
A

HIDUP susah di bandar besar seperti kota Jakarta, Indonesia menyebabkan ramai yang terpaksa menagih simpati dengan mengemis demi mencari sesuap nasi.

Jika berpeluang berkunjung ke negara jiran itu selepas larangan rentas negara dihentikan, jangan terkejut jika melihat ramai yang mengemis di jalanan termasuk kanak-kanak kecil.

Pun begitu, kisah seorang pengemis yang mencari rezeki di Pasar Bantar Gebang, Bekasi, Jakarta, Indonesia itu agak mengejut dan menyedihkan apabila anak yang dibawa mengemis meninggal dunia tanpa disedari ibunya.

Laporan detik-news.online itu benar-benar meruntun hati warganet kerana kesempitan hidup menyebabkan ibu tersebut tidak mampu untuk ke klinik mahupun hospital untuk mendapatkan rawatan untuk anaknya.

mengemis

Menurut laporan berkenaan, bayi berusia 24 bulan itu dikatakan sudah sakit selama empat hari.

Namun demikian, ibunya tidak mampu untuk mendapatkan rawatan kerana hanya bergantung kepada aktiviti mengemis tidak menentu.

Artikal berkaitan: Ustaz kongsi pengalaman urus jenazah adik Adam mangsa bunuh datuk tiri yang dicampak dari tingkat 4

Hati ibu manalah yang tidak susah hati mengenangkan anaknya yang masih kecil menanggung sakit berhari-hari, namun tidak mempunyai duit untuk membiayai kos perubatan.

Mahu ditinggalkan di rumah seorang diri, tidak sanggup apabila mengenangkan si kecil itu baru sahaja berusia dua tahun.

mengemis

Apa yang dilakukan Nur Astuti Anjaya adalah beliau terpaksa membawa anaknya bersama ketika mengemis di jalanan.

Disebabkan mahu mencari duit untuk rawatan anaknya itu, Nur Astuti tetap mengendong anaknya sambil mengemis walaupun dalam keadaan lemah.

Apa yang menyedihkan, ibu berusia 32 tahun itu tidak menyedari anaknya sudah meninggal dunia kerana beranggapan si kecil itu nyenyak tidur di pangkuannya ketika mengemis.

Artikal berkaitan: Kekejaman Ali Kalora, sanggup penggal kepala mangsa termasuk polis dan bakar hidup-hidup

Namun tidak disangka, rupa-rupanya anaknya sudah tiada ketika mahu memberi makanan.

Panik anaknya tidak memberi respons, wanita itu terus membawa ke hospital, tetapi disahkan sudah meninggal dunia. Allahu, sedihnya.

Lebih meruntun hati, sebelum kejadian bukannya wanita itu tidak pernah meminta bantuan daripada jiran.

mengemis

Sedihnya, tiada yang mampu menolongnya. Mungkin disebabkan kesempitan hidup yang dihadapi komuniti di situ. Allahuakhbar!

Meninggal dunia dalam pelukan ibunya cukup menyayat hati lebih-lebih wanita itu dikatakan hidup berdua sahaja dengan anaknya. Semoga anak kecil itu tenang di alam sana.

Bersyukurlah di Malaysia, kita masih mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan dengan bayaran yang cukup minimal iaitu RM1 hingga RM5 sahaja.

Jika hidup susah, ada saluran yang disediakan agensi kerajaan seperti Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jika bertuah, dapatlah sumbangan daripada yayasan atau organisasi prihatin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang