AHAD lalu kita dikejutkan dengan berita kekejaman yang dilakukan oleh seorang lelaki warga Nigeria yang berjaya ditahan selepas disyaki mencampak cucu tirinya yang berusia empat tahun sehingga maut dari tingkat empat apartment Danau Villa, Setapak, Kuala Lumpur.

Si pelaku dikatakan berbuat demikian adalah kerana berang cubaan untuk merogol anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu gagal apabila dia dihalang isteri serta anak-anak yang lain.

Akibat pergelutan tersebut, anak kecil yang tidak berdosa dan tidak mengetahui apa-apa akhirnya menjadi mangsa.

Kanak-kanak malang yang dikenali sebagai Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi kini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota di Kuala Lumpur selepas urusan kafan selesai di Kontena Wakaf Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) isnin lalu.

Pengerusi SPJM, Muhammad Rafiuedin Zainal Rasid turut berkongsi pengalaman menguruskan jenazah kanak-kanak malang itu seperti apa yang dikongsikan di Facebook miliknya semalam.

Ustaz kongsi pengalaman urus jenazah adik Adam mangsa bunuh datuk tiri yang dicampak dari tingkat 4

“Allahuakbar… Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata saat melihat jasad anak kecil berusia 4 tahun yang mati gara-gara perbuatan tidak berperikemanusiaan datuk tirinya yang juga merupakan warga Nigeria.

“Ketika menerima jasad itu yang tiba dari hospital, perasaan saya saat itu sangat remuk.

“Membayangkan anak saya yang seusia dengannya cukup pedih hati ini untuk melihat keadaan jasad anak syurga ini.

“Apalah dosanya sehingga sanggup manusia dewasa yang berakal seperti datuk tirinya itu sanggup mencampakkan anak kecil yang sedang tidur dibuai mimpi saat itu dari tingkat 4 ke bawah dengan kejam. Allahuakbar!

“Saya gagahkan diri untuk memandikan jasad kecil itu dengan berhati-hati. Perasaan bercampur baur saat merasai kepala arwah yang telah dijahit rapi yang sebelumnya retak kesan hentakan yang kuat ke bawah. Marah! Geram! Sedih!

“Andai ada manusia berhati syaitan itu di hadapan saya ketika itu, akan saya pijak mukanya berkali-kali! Nafsunya mengalahkan binatang!

“Hanya kerana terlepas peluang untuk memperkosa ibu anak kecil ini, anak yang tidak bersalah ini pula menjadi mangsanya,” tulisnya dengan nada sangat kecewa dan marah.

Tambahan pula anak syurga itu telah kematian ayahnya sejak dua tahun lepas. Kini si ibu terpaksa pula menerima hakikat yang dia baru sahaja kehilangan satu-satunya anak hasil perkahwinannya bersama arwah suaminya dahulu.

Ustaz kongsi pengalaman urus jenazah adik Adam mangsa bunuh datuk tiri yang dicampak dari tingkat 4

Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepadanya. Semoga si ibu yang masih menerima rawatan di hospital kesan pukulan ayah tirinya itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat walafiat.

Iklan

Insya’Allah, sihat tubuh badan mungkin tiada masalah. Namun untuk menghadapi kesan trauma sepanjang hayatnya itulah hakikat yang cukup sukar untuk dihadapi.

Selayaknya penjenayah itu dihukum sebat dan gantung sampai mati atas segala perbuatan hinanya itu!

Iklan

Semoga keluarga arwah Adik Muhammad Adam diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Allah lebih menyayangi dirinya.

Innalillahi wainna ilaihi roojiiuun.