Selepas Arab Saudi, kini Libya pula dilanda salji, 6 bandar catat cuaca sejuk paras beku
BERITA mengenai 'keganjilan' musim salji di Arab Saudi yang dilaporkan baru-baru ini memang mengejutkan dunia.
Portal The News melaporkan, suhu di wilayah Asir, Arab Saudi jatuh kepada -2 darjah Celsius berikutan fenomena berkenaan.
Sementara di banda-bandar lain seperti di Riyadh, Arab Saudi mencecah 14 darjah Celsius, manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula 7 darjah Celsius.
Baru-baru ini, dunia dikejutkan sekali lagi dengan kejadian serupa di Libya.
City of #Al_Bayda (#Libya) under the Snow today (@Lyobserver)
No #Climate_Change did they
say ⁉️ pic.twitter.com/iP5tjl4qRp
— @MedWave Shipping Libya (@MedWave1) ?ref_src=twsrc%5Etfw">February 16, 2021
Menurut laporan africanews.com, Gunung Hijau di timur laut Libya bertukar menjadi warna putih pada minggu ini.
Salji telah turun! Berdasarkan artikel itu, salji itu melanda negara bergolak itu untuk pertama kalinya dalam tempoh 15 tahun.
Fenomena yang jarang berlaku itu bermula pada hari Isnin lalu dan dijangka berterusan sehingga beberapa hari lamanya.
Menurut Pusat Meterologi Kebangsaan Libya, cuaca sejuk di bawah paras beku telah dicatatkan di Al-Bayda, Yefren, Nalut, Al-Marj, Gunung Hijau dan Gunung Nafusa.
Dalam pada itu, menurut salah seorang penduduk di Al-Bayda, Mohammed Saleh, beliau percaya bahawa salji merupakan pertanda bagi keamanan di negara mereka.
"Saya berharap salji akan menjadi petanda baik bagi tanah air ini dengan menyatukan institusi kenegaraan agar semua kembali bersatu dan dan saling mencintai.
“Ia seperti yang kita lihat sekarang, orang ramai (semua lapisan masyarakat) berkunjung ke daerah ini bagi melihat fenomena yang sangat menakjubkan ini,” katanya dalam laporan yang sama.
Berikut SinarPlus kongsikan beberapa panorama menarik di sana hasil pendongkumentasian oleh jurugambar-jurugambar amatur di negara berkenaan.
Definitely snowing heavily in #Libya .. affecting all segments of daily Life including #Shipping and #Ports operations pic.twitter.com/kI2qc8ABUY
— @MedWave Shipping Libya (@MedWave1) ?ref_src=twsrc%5Etfw">February 16, 2021
City of #Al_Bayda (#Libya) under the Snow today (@Lyobserver)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang