Terima mas kahwin 1 bilion termasuk 500 gram emas, pernikahan anak pendakwah ini buat ramai ternganga, bertuah badan!
MENERIMA mas kahwin sebanyak 1 bilion termasuk 500 gram emas, ijab kabul anak pendakwah terkenal dari seberang ini buat ramai terkedu mendengar jumlahnya.
Anak sulung pendakwah Indonesia, Syekh Akbar Muhammad Fathurahman iaitu Qurrotu Aini Rahman yang baru melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda bernama Muhammad Faisal Ramadhan menerima nilai keseluruhannya lebih 1 bilion rupiah (RM300,000).
Mungkin di Malaysia jumlah mas kahwin RM300,000 itu kedengaran biasa namun di sana jarang-jarang berlaku.
Memetik Detik.com, dalam majlis yang berlangsung pada 3 Disember lalu, Qurrotu Aini menerima wang tunai sebanyak 500 juta rupiah dan 500 gram emas.
Video majlis berkenaan yang dimuat naik di laman sosial TikTok tular hingga menerima 4.7 juta tontonan dan 230,500 tontonan.
Menerusi video berdurasi 1 minit 39 saat itu, pengantin lelaki, Muhammad Faisal tiba di masjid untuk majlis akad nikah dengan menunggang seekor kuda tinggi dan besar.
Baca juga: Lamaran pemuda Arab, doktor wanita terima mas kahwin RM300,000
Baca juga: Baru 2 kali jumpa, gadis dilamar, hantaran RM90K, tanah, ‘showroom’ kereta
Majlis pernikahan berkenaan berlangsung di kompleks Pondok Pesantren Al Idrisiyyah, Kecamatan Cisayong, Kabupaten Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia.
Hari bersejarah itu lebih bermakna apabila pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Jubah dan abaya putih menjadi pilihan untuk majlis raja sehari mereka.
Baca juga: Lain macam mewah, pengantin perempuan terpaksa pakai 60kg emas di hari perkahwinan
Baca juga: [VIDEO] Datang untuk merisik, bapa minta pasangan kekasih terus bernikah
Pasangan itu kemudian diraikan dalam majlis resepsi yang sederhana namun meriah.
Qurrotu Aini atau mesra disapa Neng Qu adalah graduan Universiti Ahmad Dahlan Yogyakarta sementara suaminya, Faisal Ramadan adalah ahli perniagaan.
Beliau juga dikenali sebagai Sultan Cikarang kerana terkenal dengan sikap pemurah.
Hantaran vs mas kahwin, 6 info perlu tahu:
1-Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga.
2-Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri-kendara.
3-Wang hantaran merupakan adat dan ia tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.
4-Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan.
5-Ia telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi, setiap negeri, mempunyai nilai mas kahwin berbeza. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
6-Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri.
Sumber: Detik.com, Tribnunnews
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang