Tidur pun boleh ‘buat duit’, lelaki ini jana pendapatan lebih RM60,000 dengan buat live masa tidur

A
A
A

PELIK tapi benar! Siapa sangka hanya dengan melakukan penstriman secara langsung di platform aplikasi Twitch, seorang lelaki mampu meraih pendapatan sekitar $16,000 iaitu kira-kira RM63,850 untuk tempoh satu malam sahaja.

Ya! Kedengaran agak mustahil, namun itulah realitinya apabila seorang streamer di aplikasi Twitch yang dikenali sebagai Asian Andy telah membuktikan dia berjaya mendapatkan pendapatan sebanyak itu baru-baru ini.

Memetik laporan portal LadBible, pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari Los Angeles itu hanya menyiarkan dirinya sedang tidur sambil ia disiarkan secara langsung menggunakan aplikasi tersebut dan orang ramai memberinya tip dalam talian sepanjang live berlangsung.

Mudah bukan lelaki itu ‘buat duit’?

Populariti video berkenaan turut menyebabkan lelaki itu menjana pendapatan mudah dan pengguna lain juga terus menerus memberinya tip dalam talian setiap hari apabila melihat Andy membuat live ketika tidur.

Tidur pun boleh ‘buat duit’, lelaki ini jana pendapatan lebih RM60,000 dengan buat live masa tidur

Apa yang menarik, aplikasi tersebut juga membolehkan pengguna lain menghantar teks, lagu dan muzik latar sesama mereka.

Disebabkan itu, ada juga antara mereka yang mengambil kesempatan untuk mengganggu tidur Andy dengan menghantar pelbagai bunyi latar termasuk salakan anjing dan meminta Andy untuk meninggikan volum suara komputernya sebelum dia tidur.

Maka tidur Andy akan terganggu setiap kali pengguna lain menghantar pelbagai bunyi latar sehingga dia terjaga daripada tidur.

Mereka kemudian mengulangi tindakan sama sehingga salurannya merekodkan 18.5 juta tontonan dan diikuti hampir satu juta orang

Tulis portal itu, terdapat segelintir penonton yang merupakan seorang pemandu Uber mendakwa dia bekerja sejam hanya mampu meperoleh $ 16 iaitu sekitar RM50 sedangkan Andy cuma perlu tidur untuk meraih pendapatan puluhan ribu!

Ada juga berpendapat video itu tular selepas banyak penduduk di sana berasa bosan kerana terpaksa berkurung di dalam rumah.

Ia selepas banyak bandar di negara berkenaan masih dikenakan sekatan pergerakan masuk dan keluar akibat ancaman Covid-19.

Kini, pekerjaan rasmi Andy adalah tukang tidur!

https://www.youtube.com/watch?v=PZ42r4xrF14&feature=youtu.be

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang