Tragis! Gadis bunuh bayi, simpan dalam termos nasi. Tergamak demi tutup rahsia

A
A
A

SEORANG gadis bertindak kejam apabila membunuh dan memasukkan mayat bayi yang baru dilahirkan ke dalam termos nasi.

Kejadian yang berlaku di Samarinda, Kalimantan Timur, itu membabitkan seorang gadis yang dikenali sebagai AVI.

Beliau dilaporkan hamil tanpa pengetahuan keluarganya.

Disebabkan bimbang rahsianya terbongkar, gadis berumur 22 tahun itu sanggup bertindak melemaskan darah dagingnya sendiri.

Dalam pengakuan yang dibuat, empunya diri mengaku melahirkan bayi tersebut sendirian.

Ketika sedang mencangkung untuk buang air kecil, Avi dikatakan panik apabila kepala bayi sudah berada di lubang tandas.

Walaupun bayi lelaki yang dilahirkan itu tidak mengeluarkan suara, namun masih bergerak.

Beliau kemudiannya mengambil bayi berkenaan dan memasukkannya ke dalam gayung berisi air untuk melemaskan.

Baca juga: Penyanyi era 90-an, Along Spoon dibunuh disumbat dalam guni 23 tahun lalu, pembunuhnya kini terlepas hukuman penjara sepanjang hayat

Baca juga: Ini kronologi kejadian suami bunuh isteri angkara cemburu, ramai simpati nasib 2 anak

Baca juga:Kejamnya, wanita dibunuh, mayat dibuang ke tangki najis. Ini kronologi kes menakutkan

BUNGKUS MAYAT BAYI

Seterusnya, dia membungkus mayat bayi dengan beg plastik hitam dan memasukkannya ke dalam termos nasi berukuran 30 liter.

"Niatnya mahu kebumikan. Namun kerana pening, saya tidur. Saya bercadang untuk kuburkan bayi itu pagi esoknya," dedahnya.

TALI PUSAT TERTINGGAL

Bukan itu sahaja, Avi mengalami pendarahan yang teruk selepas melahirkan sehingga pengsan dan dikejarkan ke hospital.

"Selepas sedar, saya sudah berada di rumah hospital," katanya yang ditahan polis sehari selepas kejadian.

Keterangannya itu direkodkan oleh polis. Ketua Polis Daerah Samarinda, Komisioner Polis Ary Fadli kemudiannya memaklumkan kepada pihak media.

Sementara itu , doktor yang memeriksa Avi menemui kesan koyakan di kawasan sensitifnya.

Setelah pemeriksaan lebih terperinci dilakukan, pihak hospital menemukan tali pusat bayi yang masih berada di kemaluan pesakit.

Selepas di soal siasat, Avi akhirnya mengakui baru sahaja melahirkan bayi lelaki secara normal.

Sumber: Kompas.com

 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang