Kejamnya, wanita dibunuh, mayat dibuang ke tangki najis. Ini kronologi kes menakutkan

KALAU call orang terdekat kita seperti anak, suami, isteri atau suami tak berangkat dan hilang khabar secara tiba-tiba mesti buat kita susah hati, kan?

Apatah lagi, orang tersebut sebelum ini senang sangat nak angkat atau jawab mesej. Tiba-tiba patern itu berubah, memang bikin kita panik.

Kalau berdepan situasi berkenaan, apa yang akan kalian buat? Mesti terjah rumah untuk check sama ada si dia selamat atau tidak.

Itulah yang dilakukan seorang wanita yang bimbang dengan keselamatan adiknya yang hilang secara misteri.

Lapor Kompas, kehilangan seorang wanita di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini menimbulkan tanda tanya ahli keluarga.

mayat dibuang

Tidak mahu sesuatu buruk berlaku, waris mangsa menjenguk ke rumah, namun berkunci.

JUMPA KESAN DARAH

Jiran tetangga yang mengenali mangsa menyangkakan wanita berusia 33 tahun tersebut bermalam di rumah saudara.

Menurut jiran yang dikenali dengan nama Rubangi, sudah beberapa hari lampu rumah tersebut tidak dihidupkan.

mayat dibuang

“Bila si kakak datang beritahu adiknya tidak dapat dihubungi, saya jadi risau. Bila ketuk pintu tak ada yang menjawab. Jadi, kami pecahkan pintu untuk masuk ke dalam.

Baca juga Sanggup bunuh isteri, campak anak hidup-hidup dalam tangki minyak, kisah benar wanita malang…

“Kelibat mangsa tak ada, cuma apa yang buat kami terkejut bila jumpa kesan darah,” katanya yang kemudian menghubungi pihak polis sebelum membuat pemeriksaan di seluruh rumah.

 

Selepas diselidik, kesan darah menunjukkan arah ke tangki najis yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah.

Apa yang lebih memeranjatkan, mayat mangsa tanpa berpakaian ditemui di dalam tangki buangan sisa kumbahan tersebut.

mayat dibuang

Ramai yang mengandaikan ia satu kejadian rompakan kerana barang milik wanita berkenaan seperti barang kemas, telefon dan beg dompet gagal ditemui.

MOTIF PEMBUNUHAN

Hasil siasatan polis, suspek yang dikenal pasti ialah jirannya sendiri yang tinggal 300 meter dari rumah mangsa.

Lelaki durjana itu bekerja sebagai jurutol difahamkan telah memecah masuk rumah melalui tingkap dan berniat mahu mencuri barang kerana tiada duit.

mayat dibuang

Namun hasratnya terbantut apabila mangsa terbangun daripada tidur.

Baca juga Wanita dibunuh, mayat dimasukkan dalam guni dibuang tepi longgokan sampah, ini kronologi kes mengerikan

Bagi mengelak wanita itu menjerit, suspek menekup muka mangsa dengan bantal sehingga pengsan, kemudian dirogol tanpa belas kasihan.

mayat dibuang

Iklan

Mangsa dilaporkan tersedar daripada pengsan dan cuba untuk melepaskan diri.

Situasi itu telah mendorong lelaki itu memukulnya tanpa henti. Disebabkan wanita itu kuat melawan, dahi beliau dipukul menggunakan parang.

mayat dibuang

Penjenayah itu kemudian meninggalkan mangsa begitu saja dan melarikan diri.

DATANG SEMULA KE RUMAH

Merujuk pengakuan lelaki tak berhati perut tersebut, dia kemudian datang semula ke rumah mangsa sehari selepas kejadian.

Barangkali mahu membersihkan jejak jenayah, dia kemudian membuang mayat mangsa ke tangki najis berhampiran.

mayat dibuang

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mungkin suspek ingat orang tak dapat hidu perbuatan jenayah, tapi dengan kecekapan polis, akhirnya tertangkap.

Iklan

Baca juga Wanita dibunuh kejam, mayat mangsa diikat dan dicampakkan dalam kolong. Ini kronologi kes mengerikan

Paling sedih, sudah tentunya keluarga mangsa kerana dikatakan mangsa merupakan orang kurang upaya pertuturan.

mayat dibuang

mayat dibuang

Moga pesalah menerima hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang lain.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang