Ubah ciptaan ALLAH, ibu potong bulu mata bayi hingga 'botak' cetus amarah ramai

Ubah ciptaan ALLAH, ibu potong bulu mata bayi hingga 'botak' cetus amarah ramai
Ubah ciptaan ALLAH, ibu potong bulu mata bayi hingga 'botak' cetus amarah ramai
A
A
A

UBAH dan buat sesuatu perkara yang tidak masuk akal, waspada kelak diri yang akan menanggung derita.

Tidak dinafikan sejak kebelakangan ini, ramai ibu bapa moden yang bertindak melakukan apa saja perkara tidak masuk akal pada anak-anak tanpa memikirkan kemudaratan kemudian hari.

Baru-baru ini, seorang ibu menjadi bualan ramai apabila memasangkan alat pendakap atau braces pada gigi anaknya yang masih kecil.

Namun ini lain pula kejadian apabila seorang ibu menggunting bulu mata anaknya yang masih kecil itu hingga 'botak'.

Tanpa menyatakan tujuan perbuatannya itu, orang ramai beraggapan tindakan ibu itu mungkin kerana keinginan bulu mata yang panjang dan lentik.

Baca juga 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

solekan mata

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @ClarisaDewantari, difahamkan dia mengguntingkan bulu mata anaknya pada setiap malam Jumaat ketika anaknya sedang tidur kerana baginya ia waktu yang sesuai dan memudahkannya untuk menggunting bulu mata.

Hasil penelitian penulis, pengguna TikTok itu adalah warga negara seberang, Indonesia. Tidak pasti mungkin amalan tersebut adat mereka atau sebagainya.

Bagaimanapun, menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya berang dengan sikap ibu kepada bayi tersebut yang seolah-olah tidak mempunyai ilmu ‘parenting’.

Selain itu, ramai yang mengatakan ia seperti penganiayaan kerana bulu mata bayi terbabit sedia ada kerana fungsinya adalah untuk memastikan habuk tidak masuk ke mata.

Ujar mereka;

"Kenapa nak diubah ciptaan ALLAH yang dah sempurna...pelik-peliklah."

"Belajar mana ni? fungsi bulu mata nk menapis habuk-habuk kecik daripada masuk dalam kesian baby tu kurang pengetahuan parent pon ya ALLAH."

"Kesiannya ya ALLAH, bulu mata kan untuk tepis habuk, nasib kau la dik dapat ibu macam tu hmmm."

"Tak perlu pun macam tu, sapu air susu badan ibu sambil selawat 3x Insya-ALLAH panjang dan melentik bulu mata anak."

"Sian anak jadi bahan uji kaji emaknya, yang gunting tu dari mana tak tahu sentuh mata anak, pasni habuk masuk mata anak senang je sebab tak de penghalang."

Baca juga 278 janin bayi disumbat di dalam 4 tong dan dibuang ke dalam hutan. Ini kronologi kes mengejutkan

Sementara itu, untuk dapatkan bulu mata yang lebat dan lentik, bolehlah menggunakan bahan-bahan ini;

1. Petroleum jelly

2. Minyak zaitun dan minyak castor

3. Teh hijau. Bukan untuk kurus je okay!

4. Pelembap bibir

5. Vitamin E

6. Urut keliling mata

Aduhai, macam-macam ya sekarang, mak-mak, fikirlah dulu baik dan buruknya sebelum bertindak melakukan sesuatu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang