CUKUP mengejutkan! Bukan satu, tetapi 278 janin bayi ditemui disumbat di dalam tong sebelum dibuang ke dalam hutan terpencil di Rusia.

Penemuan tersebut dibongkarkan seorang pemuda yang sedang mencari kayu api di kawasan hutan yang terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar Yekaterinburg.

Lapor DailyStar, lelaki tersebut merupakan seorang nelayan dan beliau langsung tidak menyangka tong biru yang ditemui berselerak di kawasan semak rupa-rupanya bekas penyimpanan janin bayi.

janin dibuang

Pada mulanya, saksi mahu membawa pulang tong biru itu, tetapi beliau terperanjat besar melihat isi dalam yang menakutkan.

Masakan tidak, tong berkenaan disumbat dengan ratusan janin yang sudah diawet dengan cecair formalin.

Baca juga Bayi 40 hari kembung perut mengejutkan kandungi janin

Kejadian berkenaan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan dan siasatan secara besar-besaran dijalankan bagi mencari dalang di sebalik perbuatan durjana itu.

MASIH MISTERI

Memetik DailyStar lagi, berdasarkan soal siasat, polis dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa tong berkenaan merupakan sisa bioperubatan.

Namun, istilah ‘bioperubatan’ yang dimaksudkan mereka (pihak hospital) adalah merujuk kepada semua janin yang diawet.

janin dibuang

Ketika pemeriksaan dilakukan di tempat kejadian, pihak berkuasa terkejut apabila salah sebuah tong yang terbuka secara tidak sengaja menampakkan sejumlah janin dalam keadaan yang cukup menyedihkan.

Baca juga Ingat sembelit, wanita tak sedar hamil bersalin di tandas, hampir ‘flush’ bayi sendiri

Hasil siasatan terperinci menyaksikan, insiden memilukan tersebut berpunca daripada tindakan sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab untuk kerja-kerja pembuangan sisa bioperubatan, tetapi tidak menjalankan tugas seperti sepatutnya.

Mudah kata, pihak berkenaan mengambil jalan mudah untuk menghapuskan sisa ke dalam hutan dengan kos lebih murah (iaitu dengan mengawetkan janin).

Iklan

janin dibuang

Meskipun kejadian tersebut berlaku pada 24 Julai 2012, namun selepas satu dekad, misteri janin yang terlalu banyak ‘disembunyikan’ di dalam empat tong yang ditemui masih belum terungkai.

Adakah terdapat sindiket tertentu atau kemungkinan mereka mengambil jalan pintas untuk mengelak menyemadikan janin, kesemua faktor yang dikatakan itu tidak dapat dipastikan lagi.

Baca juga Bayi pramatang ajaib ‘terkeluar’ dari rahim ibu maut dihempap lori, hidup, berikut kejadiannya

Sehingga ke saat ini, tiada sebarang tindakan atau hukuman dikenakan kepada individu atau syarikat yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Iklan

janin dibuang

Kita di Malaysia, jumpa satu mayat bayi pun sudah bikin hati merinding bukan kepalang, inikan pula beratus-ratus janin bergelimpangan.

Harap-harap kes yang dahsyat seumpama itu tidak berlaku di Malaysia ya? Kalau cerita bab bayi atau kanak-kanak, bukan setakat penulis saja, pasti ramai mudah tersentuh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan