11 busana menarik kontinjen sukan Olimpik Tokyo 2020, mesti tengok!
ACARA pembukaan sukan Olimpik Tokyo 2020 malam tadi cukup mendapat perhatian.
Mana tidaknya semua atlet kelihatan cantik dan segak dengan pakaian mewakili negara masing-masing.
Selain Malaysia, tidak ketinggalan juga beberapa negara lain turut mendapat perhatian dengan pakaian
kontinjen masing-masing yang melambangkan semangat kesukanan dan patriotik.
1. Itali
Pasukan Itali mengenakan pakaian ciptaan pereka Emporio Armani dalam sut balapan yang telah diubahsuai
untuk memasukkan mata hari terbit Jepun dalam warna bendera Itali, iaitu merah, hijau dan putih.
2. Republik Czech
Pasukan Republik Czech dengan ciptaan corak blok indigo kipas, telah pun menjadi bahan gurauan. Ia
menyusuli fesyen payung negara dan but Wellington warna biru pada 2012 di London serta baju jalur
‘Beetlejuice’ di Rio pada 2016.
3. Jepun
Pakain pasukan Jepun mengingatkan kembali kepada seragam yang dipakai oleh pasukan Jepun pada upacara pembukaan Olimpik yang diadakan di Tokyo pada 1964. Pada masa itu, jaket berwarna merah dan seluar pula warna putih. Warna tersebut bertukar pada tahun ini.
Baca juga Anggaplah semua orang ada Covid-19, elak makan bersama, jangan menziarah
4. Mexico
Difahamkan, Jawatankuasa Olimpik Mexico mengadakan pengundian negara dalam talian untuk memilih pakaian
upacara pembukaan daripada tiga corak yang direka oleh High Life. Corak yang menang mengiktiraf Oaxaca
dalam lapel warna yang terang.
Blazer yang dikenakan termasuk satu lapel bunga dalam sulaman tradisional Zapotec dilihat amat cantik
tanpa bersifat terlalu kostum.
5. Greece
6. Refugee Olympic Team
7. Palestin
8. Korea
9. Ukraine
10. Singapura
11. Brunei Darussalam
Apapun, SinarPlus puji kesemua pakaian kontinjen yang bertanding. Cantik dan bergaya!
Sumber: Media Permata, AFP
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang