Tahniah Didie Alias & sumandak Sabah! Stacy, Marsha Milan, Velvet Aduk dikurnia Anugerah Darjah Kinabalu

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pengacara, Didie Alias meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan Anugerah Darjah Kinabalu (ADK) bersempena Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ke-71.

No Image Caption

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Didie, antara selebriti lain yang turut menerima pengiktirafan tersebut adalah Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah, Marsha Milan dan Velvet Aduk.

Dalam perkongsian tersebut Didie bersama rakan artis lain menggayakan baju kurung hijau ketika menghadiri majlis penganugerahan itu.

No Image Caption

“Syukur Alhamdulilah.

“Kurniaan atas kerja keras mummy selama ini bersama @stylofest.my akhirnya diberi penghargaan pingat Sempena Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke 71.

“Tahniah Marsha Milan, Stacy dan Velvet Aduk. Dikurniakan Anugerah Darjah Kinabalu,” katanya.

Sementara itu, Stacy berkata, dia mendapat tahu namanya tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu daripada Marsha.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Alhamdulillah, pastinya saya berasa terharu dan bersyukur bila dapat tahu nama turut tersenarai sebagai penerima pingat ADK itu.

"Bila dapat tahu berita gembira ini saya bertanya kepada diri, layakkah saya menerima anugerah berkenaan? Pada masa sama, saya gembira kerana bakat seni dihargai," katanya

Anak kelahiran Penampang, Sabah itu, anugerah itu turut menyuntik semangat padanya untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat terutama di negeri kelahirannya itu.

Selain Stacy dan Marsha, difahamkan terdapat artis lain yang tersenarai antara 274 individu penerima ADK iaitu Elica Paujin dan Rosario Bianis.

Sumber: Berita Harian, Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang