Liam Payne jatuh dari tingkat tiga hotel, berkelakuan aneh sebelum meninggal dunia

No Image Caption
A
A
A

BAGI yang meminati lagu What Makes You Beautiful pasti mengenali penyanyinya iaitu kumpulan One Direction?

Terbayang-bayang lima lelaki kacak yang sehingga kini masih diminati ramai biarpun kumpulan itu sudah dibubarkan lapan tahun lalu.

Namun, nama mereka kembali hangat selepas peminat kumpulan muzik berasal United Kingdom itu dikejutkan dengan berita kematian bekas penyanyinya, Liam Payne.

No Image Caption

Penyanyi berasal dari England itu dikatakan meninggal dunia selepas terjatuh daripada balkoni Hotel Casasur Palermo di Argentina.

Menurut kenyataan pekerja hotel (saksi), anak bongsu daripada tiga beradik itu dikatakan berkelakuan pelik kerana menimbulkan kekacauan di lobi hotel.

Tidak cukup dengan itu, Payne turut menghempas komputer riba miliknya sehinggakan pihak hotel terpaksa membawanya pulang ke bilik hotel.

Disebabkan itu juga, pelbagai dakwaan dibangkitkan di media sosial yang turut menjadi tanda tanya sama ada kematiannya disebabkan unsur jenayah atau bunuh diri.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Tular di media sosial menunjukkan terdapat serbuk yang dipercayai dadah bertaburan di atas meja. Sehinggakan orang ramai menyifatkan beliau dibawah pengaruh dadah.

Lebih menghairankan, apabila skrin televisyen di bilik hotel retak dipercayai dipukul oleh Payne sebelum terjatuh dari balkoninya.

Payne sebelum itu pernah mendedahkan kepada media mengenai masalah ketagihan dadah yang dihadapinya dan telah dimasukkan ke pusat pemulihan.

Sehingga kini, siasatan kematian penyanyi berusia 31 tahun itu masih dijalankan. Pemergian Payne merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik dan peminatnya seluruh dunia.

No Image Caption

Peminat dikatakan telah berkumpul di luar hotel bagi meratapi pemergian idola mereka dengan menyalakan lilin sambil menyanyikan lagu kumpulan berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang