100 unit FK8 (LE) cuma perlu 4 minit untuk isytihar habis dijual!
TYPE R! Ia sinonim dengan sebuah jentera berkuasa gila yang menggunakan teknologi injap, pacuan roda hadapan dengan transmisi manual dan didatangkan dengan warna putih serta spoiler sport.
Maka tidak hairanlah Honda Type R menjadi antara jenama automotif terkuat di seluruh dunia malahan juga ia menjadi kegilaan anak-anak muda berusia belasan tahun sehingga remaja purba berusia 60 tahun yang gemarkan jentera laju.
Sebagai sebuah model berprestasi tinggi, Honda Civic Type R sudah dikira sebagai model yang sangat rare.
Terbaharu, Honda kini telah melancarkan model edisi terhad (LE) bagi model FK8 untuk tahun 2021 dan hanya didatangkan bersama berwarna Phoenix Yellow.
Apa yang menarik, hanya 100 unit diperuntukkan untuk pasaran Kanada dan lebih mengujakan, kesemua 100 unit habis terjual dalam masa kurang dari 4 minit.
Wow, secara teorinya atas kertas, itu dah kira lagi laju dari catatan masa sepusingan yang mampu dicatatkan oleh jentera berprestasi tinggi itu di Litar Nurburgring. Namun, berdasarkan saiz Kanada, ia bukannya sesuatu yang pelik atau mustahil untuk didengar.
SinarPlus gambarkan kepada anda sedikit perincian Civic Type R LE yang berwarna Phoenix Yellow yang mana ia diberi sedikit sentuhan magic yang menjadikannya lebih ringan. Dah nama pun sport car pastinya berat sesebuah jentera itu menjadi ukuran penting yang perlu diambil kira.
Jentera itu juga dilengkapi dengan sport rim BBS 20-inci yang diperbuat daripada aluminium tempa yang mengurangkan berat sebanyak lebih kurang lapan kilogram berbanding Civic Type R standard. Ia kemudiannya dibalut dengan tayar-tayar Michelin Pilot Sport Cup 2.
Penurunan berat dikurangkan lagi dengan membuang sesetengah bahan penyerap bunyi cuma Honda belum menerangkan bagaimana ia dilakukan.
Berbeza daripada warna tradisi Type R, model LE ini bukan hanya berwarna kuning terang tetapi bahagian bumbung, cermin sisi dan penutup hud depan semuanya diwarnakan hitam agar kelihatan lebih menyerlah dan garang.
Sementara emblem belakang juga diberi kemasan krom hitam sebagai pelengkap tema.
Kuasa enjin masih lagi sama menggunakan enjin 2.0L 4-selinder turbo yang mampu menjana 306hp kuasa maksima. Kesemua kuasa ini disalurkan ke roda hadapan dengan menggunakan kotak gear manual 6-kelajuan untuk pecutan pantas.
Honda mengesahkan dalam siaran akhbar mereka yang kesemua model Type R LE 2021 untuk pasaran Kanada telah habis terjual.
Kesemua pembeli dikehendaki membayar deposit sebanyak 1000 dolar Kanada untuk tempahan mereka.
Jadi, macam mana? Nak beli dah habis dijual pula. Kalau convert atau istilah popularnya ‘sumpah’ pada model sedan yang bersepah ada dekat Malaysia ni boleh kira Type R juga tak? Haha!
Sumber : Mekanika
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang