2 pensyarah UiTM dakwa minyak aromaterapi boleh kekang penularan virus Covid-19

A
A
A

MINYAK pati aromaterapi telah diguna pakai sejak beribu-ribu tahun sebagai rawatan tradisional untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Hasil dari wangian yang diekstrak terus daripada komponen tumbuhan itu sendiri mampu dalam merangsangkan emosi yang positif juga pada suasana sekeliling.

Secara asasnya, minyak pati aromaterapi adalah komponen kimia semula jadi yang mudah meruap seperti terpenes, terpenoids dan phenylpropanoids.

Oleh itu, cara penyimpanan yang teratur perlu dipraktikkan dalam menjamin kualiti dan  baunya.

pensyarah UiTM dakwa minyak aromaterapi alternatif lindungi virus Covid-19

Melihat kepada kelebihan kepada minyak pati aromaterapi, dua  pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendakwa, minyak pati aromaterapi berpotensi dijadikan sebagai alternatif bagi melindungi diri daripada wabak virus koronavirus.

Prof Madya Dr Junaidah Jai dan pensyarah kanan, Ts Nurhaslina Che Radzi, kajian akademik terhadap keberkesanan minyak pati aromaterapi sebagai agen antibakteria telah dijalankan secara terperinci di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Hasil kajian mendapati komponen poliphenol di dalam minyak pati aromaterapi berfungsi sebagai antibakteria, antikulat dan antivirus.

“Hasil kajian ilmiah ini mendapati minyak pati itu berpotensi dijadikan sebagai alternatif bagi perlindungan diri dari wabak virus corona yang sedang melanda global.

“Bukti saintifik menerusi kajian rancak dijalankan bagi membuktikan kebolehupayaan minyak pati aromaterapi dalam merawat dan mengekang penularan virus,” dakwa mereka dalam satu kenyataan bertulis menerusi e-mel kepada SinarPlus.

DR JUNAIDAH

NURHASLINA

Kajian akademik terhadap keberkesanan minyak pati aromaterapi sebagai agen antibakteria telah dijalankan secara terperinci di peringkat tempatan dan antarabangsa. Hasil kajian mendapati komponen poliphenol di dalam minyak pati aromaterapi berfungsi sebagai antibakteria, antikulat dan antivirus. Hasil kajian ilmiah ini mendapati minyak pati itu berpotensi dijadikan sebagai alternatif bagi perlindungan diri dari wabak virus corona yang sedang melanda global.

pensyarah UiTM dakwa minyak aromaterapi alternatif lindungi virus Covid-19

Permintaan tinggi

Ujar mereka lagi, permintaan terhadap minyak pati aromaterapi yang semakin tinggi telah melonjakkan harga produk itu di pasaran.

Mengulas lanjut, Dr Junaidah dan Nurhaslina berkata, secara saintifiknya, bahan berkenaan dihasilkan dengan pelbagai kaedah.

Antaranya menerusi penyulingan wap, penyulingan hidro, pengekstrakan alkohol, pengekstrakan karbon dioksida, superkritikal, pengekstrakan ultrasonik dan pengekstrakan gelombang mikro.

“Ia juga boleh dihasilkan sendiri di dapur dengan kaedah yang mudah dan tidak memerlukan peralatan khusus dan mahal, dengan ketulinan minyak pati aromaterapi yang masih terjamin.

“Antara kaedah mudah yang boleh digunakan adalah dengan memasak tumbuhan (akar, bunga, kulit, buah atau daun) yang telah dipotong kecil menggunakan minyak yang digemari seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara,” katanya.

Mereka turut memberi panduan berikut:

*Untuk menghasilkan minyak pati aromaterapi yang pekat, dicadangkanagar menggunakan campuran satu cawan tumbuhan dengan satu cawan minyak.

*Campuran ituperlu dimasak dengan suhu yang rendah (elakkan suhu didih) selama 5 hingga 6 jam. Suhu yang rendah sangat penting untuk memastikan komponen kimia penting di dalam minyak pati aromaterapi tidak meruap dan seterusnya mengakibatkan keberkesanan fungsi minyak pati aromaterapi akan berkurangan.

*Seterusnya, campuran perlu disaring dan terhasillah minyak pati aromaterapi dari dapur anda.

*Penggunaan minyak pati aromaterapi yang pekat hanya digunakan dalam kuantiti yang kecil sahaja. Oleh itu, sebelum diguna pakai, ia perlu dicairkan dengan menggunakan minyak pelarut yang berasal daripadalemak tanaman seperti minyak kelapa dan minyak zaitun.

(Artikel berkaitan: Covid-19: Waspada kes jangkitan SARI yang sangat luar biasa

pensyarah UiTM dakwa minyak aromaterapi alternatif lindungi virus Covid-19

Buat sendiri

Dr Junaidah dan Nurhaslina lagi, terdapat pelbagai cara penggunaan minyak pati aromaterapi ini termasuklah secara berurut, menyedut minyak pati asli atau campurannya, secara campuran dalam mandian, penyebaran bau melalui penggunaan diffuser dan juga pembakaran minyak pati, dicampur dalam pembuatan bam termasuk krim.

“Malaysia negara yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh menghasilkan minyak pati aromaterapi dan tumbuhan ini mampu mengeluarkan bau dengan sendirinya.

“Antara tumbuhan kegunaan harian kita yang berpotensi untuk menghasilkan minyak pati aromaterapi yang berkualiti adalah serai wangi, limau purut, bunga kenanga, halia, lengkuas, pudina dan inai.  Minyak pati yang terhasil boleh diguna pakai secara tunggal atau boleh diolah secara bersama-sama minyak pati lain mengikut tujuan penggunaannya,” kata mereka.

Kedua-dua penyelidikan dalam bidang kimia itu menambah, bagi memastikan komponen kimia asli terus kekal di dalam minyak pati, cara penyimpanan minyak yang mudah meruap, perlu diberi keutamaan seperti mengelakkan dari terdedah secara terus kepada cahaya, haba dan juga udara.

pensyarah UiTM dakwa minyak aromaterapi alternatif lindungi virus Covid-19

Jika ia terdedah secara berterusan kepada cahaya matahari, ia akan menghasilkan tindak balas kimia yang menguraikan komponen asal minyak pati tersebut.

Penggunaan bekas plastik juga patut dielakkan kerana jika dibiarkan dalam tempoh lama, ia berkemungkinan bertindak balas dengan plastik dan menyebabkan minyak pati tersebut tercemar.

Cara terbaik adalah menyimpan di dalam botol gelap seperti botol Amber, disimpan di dalam tempat kurang pencahayaan dan dijauhkan dari punca percikan api kerana ia juga bersifat mudah terbakar, kata mereka lagi.

Namun, dakwa Dr Junaidah mahupun Nurhaslina, kajian saintifik masih diteruskan dan data yang dihasilkan masih belum mencukupi bagi membuktikan bahawa minyak pati aromaterapi mampu merawat pesakit yang sudah diserang virus korona.

“Bagaimanapun, dengan sifat sedia ada pada minyak pati aromaterapi ini, ia menjadi pilihan rawatan kesihatan yang mampu memberi ketenangan serta menaikkan daya imunisasi melalui cara yang mudah dan berkesan namun tidak membahayakan pengguna.

Kajian saintifik masih diteruskan dan data yang dihasilkan masih belum mencukupi bagi membuktikan bahawa minyak pati aromaterapi mampu merawat pesakit yang sudah diserang virus corona.

“Oleh itu, minyak aromaterapi yang bersifat antiseptik, anti keradangan dan antibakteria ini mampu dijadikan sebagai salah satu cara kawalan dan perlindungan diri dari virus korona,” kata mereka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca