3 cara mohon moratorium, permohonan dibuka hari ini

A
A
A

DALAM Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kategori bantuan rakyat menerusi program PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA+ termasuklah bantuan moratorium Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) pada 31 Mei lalu.

Bantuan moratorium itu meliputi semua kelompok terjejas terutamanya golongan B40 (kumpulan isi rumah

berpendapatan 40 peratus rendah dengan pendapatan bawah RM4,849 sebulan).

Bantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik Covid-19.

Buat makluman semua, moratorium PKP3.0 turut dibuka untuk M40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan antara RM4,850 hingga RM10,959 sebulan).

Justeru, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan cara memohon moratorium selama enam bulan melalui

tiga kaedah yang mudah dan cepat.

1. Borang web

  • Layarai laman web bank anda
  • Klik pada borang web
  • Isi butiran peribadi dan pembiayaan
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  • Klik 'hantar' dan bank akan mengesahkan penerimaan

*Bagi PKS pengisytiharan kendiri dalam talian diperlukan.

3 cara mohon moratorium, permohonan dibuka hari ini

2. E-mel

  • Layari laman web bank anda
  • Klik pada pautan e-mel yang disediakan
  • Isi butiran peribadi dan pembiayaan
  • Tandakan pada kotak syarat bantuan bayaran balik pinjaman
  •  Klik 'hantar dan bank akan mengakui penerimaan.

3. Panggilan telefon

  • Hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda
  • Panggilan akan dilayan operator membimbing anda sepanjang proses permohonan.

Permohonan moratorium dibuka bermula hari ini 7 Julai 2021.

Artikel berkaitan: Wang moratorium guna sebaiknya, jangan tukar sport rim kereta. 5 tip urus kewangan

Sementara itu, bagi khidmat nasihat kewangan dan bimbingan sila hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui https://services.akpk.org.my.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web bnm.gov.my/RA.

Jika korang mengalami masalah dengan permohonan atau menghubungi bank, boleh memaklumkan kepada BNM melalui bnm.my/RAsurvey.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca