'Tak pasti kalau ada dendam...' Ditik@m 14-16 kali pada belakang badan & muka, peparu kiri cedera. Rupanya pernah sekelas!

No Image Caption
A
A
A

TRAGEDI berdarah di sebuah sekolah menengah di Banting pada Isnin menjadi perhatian warganet.

Mangsa yang berusia 15 tahun kini dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas dipercayai ditikam sebanyak 14 hingga 16 kali.

Menurut bapanya, Mohd Firuz Ibrahim, 43, kebanyakan tikaman terkena pada bahagian belakang badan dan muka sehingga menyebabkan paru-paru kiri anaknya cedera.

“Paru-paru kiri turut terkena dan kini doktor memasukkan tiub untuk mengeluarkan darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Banting di sini pada Isnin.

Bapa berkenaan turut mendedahkan hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak kedua daripada tiga beradik itu selepas menerima panggilan daripada guru kira-kira pukul 9.30 pagi.

No Image Caption

“Sebaik menerima panggilan, saya terus bergegas ke hospital. Apabila sampai, saya lihat keadaan anak memang teruk.

“Saya dimaklumkan terdapat antara 14 hingga 16 kesan tikaman di bahagian belakang badan dan muka,” katanya.

 Mohd Firuz memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan sedar dan boleh bercakap.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, mangsa mengenali suspek yang berusia 15 tahun itu kerana mereka pernah belajar dalam kelas yang sama ketika Tingkatan Dua.

“Dimaklumkan suspek kini sedang ‘dicutikan’ kerana menjalani rawatan peribadi. Saya tidak pasti sama ada dia mempunyai dendam terhadap anak saya atau tidak.

No Image Caption

“Saya rasa anak saya bukan sasaran, tetapi kebetulan berada berhampiran suspek ketika kejadian. Anak juga tidak pernah mengadu pernah diganggu suspek sebelum ini,” katanya.

Bercakap mengenai tahap keselamatan di sekolah, Mohd Firuz kesal dan berharap kawalan keselamatan diperketat agar kejadian seumpama itu tidak berulang. 

“Saya harap pihak sekolah mengambil langkah lebih tegas dalam aspek keselamatan supaya insiden seperti ini tidak berulang dan pelajar dapat belajar dalam keadaan lebih selamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, media melaporkan pelajar berusia 15 tahun itu memasuki dipercayai memasuki kawasan sekolah melalui pintu masuk utama sebelum insiden berlaku.

Suspek telah ditenangkan oleh guru sekolah sebelum pihak polis tiba di lokasi. Menurut Jabatan Pendidikan Negeri, Selangor, suspek kes berkenaan telah ditahan.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang