9 tip untuk kulit wajah berseri, cantik cara Islam
WANITA dan kecantikan sememangnya sukar dipisahkan.
Siapa tak mahu memiliki kulit wajah yang menawan dan awet muda bukan?
Majoriti menyifatkan apabila tampil cantik secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri.
Bagaimanapun, jika terlalu obses atau tersalah langkah demi kecantikan bimbang ia memakan diri kelak.
Masakan tidak, sesetengah kaum Hawa berpendapat untuk cantik ia memerlukan pengorbanan dari segala segi, bahkan sanggup melakukan apa sahaja.
Namun begitu, menurut Islam buat wanita yang ingin wajah berseri, bercahaya dan memiliki tubuh badan yang sihat ini petuanya:
1. Setiap kali bangun pagi pada waktu Subuh pastikan minum air suam dan selawat.
2. Amalkan membaca 'Ya Qawiyyu' yang bermaksud wahai yang MAHA KUAT (selepas memberi salam iaitu setiap kali selesai solat fardu).
3. Banyakkan minum air putih pada waktu siang. Paling kurang lapan hingga 10 gelas.
4. Amalkan pengambilan madu yang dicampur air suam pada waktu Magrib dan Isyak.
5. Sentiasa pelihara wajah dalam keadaan berwuduk. Pastikan rajin basuh muka dan tangan. Sebab tangan mudah melekat bakteria. Apabila tangan menyentuh wajah, bakteria akan merebak.
6. Gunakan tiga jari tengah ketika mencuci atau membilas wajah.
7. Berselawat sebanyak tiga kali pada bedak wajah dan berdoa 'Ya ALLAH, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa tenang melihatku'.
8. Sentiasa membaca doa ketika melihat cermin. 'Ya ALLAH sebagaimana KAU cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku'.
9. Setiap kali selepas solat Isyak, ambil air segelas.
- Baca Surah al-Fatihah x 1
- Baca ayat Qursi x 1
- Baca Surah al-Waqiah ayat 35-38 x 7
- Tiup dan minum ikut sunah (tiga kali teguk).
Selain itu, bagi menjaga dalaman banyakkan minum air suam atau mineral, bersenam, tidak merokok, tidur yang cukup, rehatkan kulit muka mekap, elak makan berlebihan, manjakan diri, elak stres dan sentiasa ketawa.
Semoga bermanfaat!
Sumber: ada adwa
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang