Ada pasport vaksin Covid-19 boleh la bebas ke luar negara, ini apa yang kita perlu tahu

A
A
A

"Untunglah yang sudah dapat vaksin. Dapat pasport bolehlah bebas ke mana-mana” Begitulah agaknya tanggapan orang ramai terhadap hasrat kerajaan untuk mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Mana tidaknya, setelah setahun kita tidak keluar negara, muncul pula berita yang memberikan sedikit kegembiraan buat kita tidak lama lagi.

Cecair pembasmi kuman dan topeng muka senarai utama pembelian kelengkapan rayaNamun, adakah dengan kewujudan passport vaksin Covid-19 ini akan memberikan impak positif kepada masyarakat atau sebaliknya?

Menurut laman Facebook Public Health Malaysia, terdapat beberapa impak terhadap kewujudan pasport vaksin dari segi positif dan negatif yang perlu difikirkan oleh kerajaan dalam pelaksanaannya.

Antaranya adalah seperti :

Kelebihan ada pasport

  • Kebebasan

Pastinya kelebihan adanya passport ini adalah potensi untuk kebebasan iaitu bebas bergerak, pergi keluar negari/negara.

Malah, ada negara luar yang telah bercadang untuk sesiapa yang mempunyai passport vaksin sebagai pengecualian untuk kuarantin dan swab test.

  • Akses dan peluang.

Bukan sahaja ke luar negara, ianya juga berpotensi untuk seseorang lebih bebas dan mempunyai akses yang lebih baik seperti pekerjaan, program atau aktiviti tertentu.

  • Motivasi dan insentif.

Telah lama kita berada di dalam keadaan tertekan dan tersekat dalam membuat sesuatu perkara mengikut kebebasan kita.

Dengan adanya pasport ini, ianya memberikan motivasi dan harapan kepada kita lebih bebas. Seperti orang yang baru keluar penjara dan ingin memulakan hidup yang baharu.

  • Peningkatan sektor ekonomi dan pelancongan.

Ini dua perkara  yang paling besar dan cuba dibuka oleh kerajaan dari awal pandemik. Dengan skim pasport, kerajaan boleh memberikan pengecualian yang sama kepada pelancong/warga asing seperti mana negara tersebut memberikan keistimewaan kepada pemegang passport vaksin negara kita.

Kekurangan

  • Isu privasi.

Mampu menunjukkan passport atau tidak akan menjadi isu privasi. Ada yang mungkin tidak rasa janggal untuk menunjukkan status kesihatan vaksinnya jika diminta oleh agensi/pegawai.

Namun, bagaimana untuk mereka yang berasa janggal untuk menunjukkannya atau bagi mereka yang tidak mempunyai passport. Isu stigma dan diskriminasi akan muncul selepas itu

  1. Stigma

Stigma akan muncul pada mereka yang belum lagi mendapat vaksin dimana masyarakat mungkin akan memberikan stigma secara langsung ataupun tidak langsung kepada mereka yang belum mendapat vaksin.

  1. Diskriminasi.

Umum mengetahui, kerajaan menyasarkan 70 peratus populasi Malaysia divaksinkan sehingga awal pertama tahun 2022. Pemberian vaksin akan tetap diteruskan selepas itu.

Namun, ini bermaksud terdapat sebilangan ramai yang perlu menunggu pada waktu yang lebih lama dan diskriminasi boleh berlaku kepada mereka yang belum menerima vaksin.

  1. Penipuan pasport.

Kita pernah dengar dahulu, seorang antivaksin cuba mendapatkan tandatangan doktor untuk menunaikan umrah tanpa memvaksinkan diri sendiri dan keluarga.

Perkara sama mungkin akan berulang yang mana mereka samada yang tidak mendapat vaksin atau antivaksin, mungkin berada dalam keadaan terdesak untuk keluar negara atau mengakses sesuatu program/tempat/peluang.

Oleh demikian, menurut Public Health Malaysia lagi, jika kerajaan ingin mewujudkan skim pasport vaksin ini, stigma dan diskriminasi perlulah difikirkan.

Ianya perlu difikirkan sebaik-baiknya agar golongan yang tidak mendapat akses kepada vaksin (bukan penolak vaksin) diberikan perlindungan dan bantuan sebaik-baiknya daripada apa saja bentuk stigma dan diskriminasi.

Selain dari kawalan penyakit berjangkit, kita juga ada kesihatan mental yang perlu aktiviti pencegahan.

Kesimpulannya, kesihatan adalah menyeluruh dan hak asasi manusia. Tiada siapapun terkecuali daripada mendapat akses kesihatan yang baik. Semoga kita benar-benar berjaya untuk melawan pandemik ini dan dunia juga akan bebas Covid-19.

Gembiranya rasa di hati bila YBMK Dr Adham Baba menyatakan KKM akan mengeluarkan passport vaksin sebagai bukti anda...

Posted by Public Health Malaysia on Sunday, 21 February 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca