Awas jika batuk berterusan ia petanda kepada 5 masalah ini
BATUK berpanjangan adalah satu perkara yang tidak menyenangkan.
Jika ia berlaku secara berterusan dan mengganggu urusan harian seperti batuk ketika bekerja, ketika dalam mesyuarat, ketika bercakap dengan pelanggan dan sebagainya, ia sesuatu yang tidak norma.
Bertepatan dengan itu, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa, Pakar Perunding Perubatan & Paru-paru melontarkan pandangan menerusi Facebooknya.
Katanya, banyak persoalan yang timbul setelah berkongsi mengenai penyakit batuk berpanjangan itu.
“Buat pengetahuan bersama, terdapat lima masalah yang kerap timbul akibat batuk berpanjangan yang tidak dirawat dengan baik.
Antaranya ialah :
1. Tidur terganggu
2. Pendarahan di mata (Conjunctival hemorrhage)
3. Buasir (Hemorrhoid)
4. Terkencing di dalam seluar (Urinary incontinence)
5. Pengsan ketika batuk (Cough syncope)
“Jadi, isu batuk berpanjangan bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah.
“Ia perlu segera disiasat untuk mengetahui puncanya, seterusnya perlu dirawat dengan baik. Jika ia tidak dirawat, ia boleh membawa kemelaratan sehingga menyebabkan masalah yang lain pula seperti yang dinyatakan di atas,” tulisnya lagi.
Bukan itu sahaja, Dr Nurul Yaqeen turut menjelaskan, punca batuk berpanjangan adalah penyakit tibi dan kanser paru-paru.
Ketahuilah, dua penyakit berkenaan adalah amat berbahaya jika tidak dirawat, kerana penyakit tibi yang tidak dirawat boleh membawa maut.
“Kanser paru-paru yang dibiarkan tanpa ujian dan rawatan yang sepatutnya juga boleh mendatangkan maut,”.
Jadi, nasihatnya kepada semua pembaca SinarPlus, sayang sekiranya penyakit yang boleh disembuhkan seperti tibi dan asma dibiarkan tanpa menemukan penawarnya sehingga menyebabkan kematian.
Jika korang mengalami batuk melebihi dua minggu, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.
Ingat, cegah sebelum parah. Setiap penyakit pasti ada ubatnya.
#JanganPutusAsaMalaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang