Bangganya karipap jadi juadah kelima terbaik dunia, berjaya kalahkan menu Itali dan Greece

A
A
A

MENJADI satu kebanggaan apabila karipap yang diperkenalkan oleh Malaysia diiktiraf sebagai lima kuih terbaik di dunia.

Bukan calang-calang penghargaan diberikan buat negara kita kerana makanan tersebut tersenarai antara 100 menu paling disukai ramai di dalam portal terkemuka, Taste Atlas.

Taste Atlas merupakan platform panduan travel, pengumpulan resipi asli dan makanan tradisional yang disertakan dengan ulasan pengkritik makanan popular.

Apa yang menarik perhatian, gambar karipap dengan simbol bendera Malaysia terpapar dalam portal berkenaan dengan rate 4.6 bintang. Wow!

karipap

Lapor Taste Atlas, karipap atau curry-puff merupakan pastri kecil yang digoreng dengan inti berperisa kari ayam atau kentang yang likat.

“Resipi menu santai tersebut dicipta oleh orang Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagiannya datang dari Sumatera dan Borneo.

 

“Ia sebagai hidangan pagi dan popular untuk dijadikan snek petang. Mudah didapati di kebanyakan kedai, bar dan pasar,” kongsi label itu lagi.

Selain kesederhanaan rasa dengan pilihan kari kentang dan ayam, karipap juga terkenal dengan isi tuna, sardin dan rendang daging.

karipap

Populariti hidangan tersebut juga semakin mencanak naik hingga tempias ke negara jiran seperti Thailand dan Singapura.

Makanan terbaik di dunia

Jika disemak satu persatu, resipi yang menduduki carta pertama 100 Best Pastries in the World yang disenaraikan seperti berikut:

karipap

1. Pastel de nata

- Merupakan tart kastard telur tradisional Portugal yang popular di seluruh negara.

- Dikenali sebelum abad ke-18 di Lisbon untuk jualan secara kecil-kecilan sebelum diperkenalkan secara komersial.

Baca juga Resipi karipap pusing legend rangup & sedap. Ini teknik kulit cantik berpusar, baru betul-betul jadi

karipap

2. Pastel de Belém

- Satu lagi tart kastard telur yang berasal dari Belem, Portugal dan diperbuat daripada gabungan susu, telur, gula, lemon dan kayu manis.

- Diperkenalkan pada tahun 1837 dan boleh dihidang secara sejuk atau panas.

- Pada tahun 2009, The Guardian menyenaraikan Pastel de Belém sebagai 50 makanan terbaik di dunia.

karipap

3. Trigona panoramatos

- Manisan yang popular berasal dari pinggir Thessaloniki dan merupakan menu warisan tradisional Yunani.

- Rupa bentuk segi tiga dan berintikan kuah kastard berkrim.

- Lazimnya sos tersebut diperbuat daripada gabungan telur kuning, tepung, mentega, susu, gula, vanila dan krim.

- Lagi sedap dimakan dengan taburan kacang cincang.

Baca juga Kreatifnya ‘abang polis’ cipta resipi Cream Puff Cendol. Sebiji macam rasa cendol asli

karipap

4. Bougatsa

- Jika berkunjung ke Greece, ini antara menu popular yang akan disajikan di sana.

- Pai Greek tradisional yang dilapisi dengan isi kastard semolina yang divariasikan dengan daging cincang dan keju.

- Asalnya dibawa oleh pendatang Turki yang berhijrah ke Greece Utara, kulinari berkenaan yang digabungkan dengan pastri phyllo buatan tangan.

karipap

Bukan setakat karipap jer menjadi tatapan umum, Rotiboy juga diiktiraf sebagai makan terbaik di kedudukan tangga 61.

Apapun sebagai rakyat negara ini, kita bangga apabila makanan lokal menjadi pilihan dunia dan kena dengan selera mereka.

karipap

Tahniah Malaysia!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca