Berterusan hingga lepas Aidilfitri! Rentas negeri hujung minggu hanya untuk kecemasan, kematian dan PJJ
TIDAK lama lagi, kita akan menyambut 1 Syawal yang indah setelah sebulan berpuasa.
Namun, nampaknya tahun ini kita terpaksa sekali lagi merasai sambutan Hari Raya Aildilfitri di kota raya tanpa pulang ke kampung halaman.
Ini berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatakan pihaknya hanya akan meluluskan pergerakan rentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja dengan enam alasan yang dipertimbangkan.
Alasan itu melibatkan membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, langkah mengetatkan syarat permohonan itu diambil susulan peningkatan kes baharu positif Covid-19 sejak lima hari lalu.
Katanya, permohonan untuk pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan selain hal kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).
"Hanya enam alasan dipertimbangkan untuk diberi kelulusan dan pemohon hanya boleh merentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja."Permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan dilarang," katanya dalam satu kenyataan.
Kata Acryl Sani, ia berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.
"Semua ketua polis daerah (KPD) dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke lapangan bagi menangani isu ketidakpatuhan SOP masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam."Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan terbabit dihentikan," tegasnya.
Justeru, sama-samalah kita mendoakan kes jangkitan Covid-19 ini akan berkurangan serta sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi memutuskan rantaiannya.
Moga kita semua juga tabah dan sabar mengharungi dugaan Aildilfitri di rantauan.
KENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
Pergerakan Rentas Negeri dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Di Bazar Ramadan Serta Pasar Malam.#StayHome#BeSafe#Pray4Malaysia#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN pic.twitter.com/58vjk8f2pG
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) ?ref_src=twsrc%5Etfw">April 19, 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang