Bila harga turun, ramai serbu kedai emas, berikut tip elak tertipu masa membeli

A
A
A

EMAS teman baik wanita. Membeli emas sama ada dalam bentuk barangan kemas atau jongkong merupakan pelaburan yang baik bagi jangka masa panjang.

Kata orang, kalau liat dapat menabung, belilah barang kemas. Sejak harga emas turun dalam tempoh kebelakangan ini, ramai yang menyerbu kedai-kedai emas membeli perhiasan yang dihajati.

Trend terkini, barang kemas bermacam jenis seperti pukut dakap, coco, jagung, lipan, biskut tawar, roti bun, anggur dan sebagainya.

Ada yang kata beli ketika harga emas jatuh sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi.

Baca juga: "Beli emas ribu-ribu akhirnya tak laku"- Lelaki kongsi tip kenali emas palsu

Dalam keghairahan memiliki logam kalis inflasi itu, elakkan diri tertipu. Jangan mudah terpedaya dengan kilauannya, pastikan wang yang dilaburkan memberikan pulangan berbaloi.

SinarPlus kongsikan beberapa tip membeli emas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

1.Pastikan barang kemas ditimbang di depan anda. Semak dan pastikan berat timbangan sama dengan berat yang dipamer pada tanda harga. Sebagai pengguna, anda berhak untuk proses timbang dilakukan.

2.Pastikan tiada bahan lain atau barang tambahan semasa proses timbangan dilakukan. Sebagai contoh, tag harga. Ia sepatutnya ditanggalkan kerana boleh mempengaruhi proses penimbangan.

JENIS EMAS

1-Emas 999 

Emas yang mempunyai kandungan 99.9 peratus adalah emas tulen yang paling mahal. Ia lazimnya dijadikan barang perhiasan, pelaburan dan peralatan perubatan.

2-Emas 916

Kandungan emas jenis ini ialah 91.6 peratus dari bahagian emas. Ia adalah emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas yang mempunyai warna kuning keemasan. Emas 916 lazimnya dijadikan emas perhiasan kosong tanpa permata kerana sifatnya yang lembut.

3-Emas 875

Emas ini selalunya dijadikan perhiasan kosong tanpa batu permata.

4-Emas 833

Kandungan emas jenis ini adalah 83.3 peratus dan berwarna kuning keemasan. Tidak disarankan untuk pelaburan atau dgandingkan dengan batu permata.

Baca juga: Alamak barang kemas mula menghitam! Jangan bimbang berikut ada cara pembersihannya...

5-Emas 750

Kandungan emas adalah 75 peratus, ia seimbang daripada segi ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi. Ia lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan selamat daripada tindak balas alergi kepada individu yang sensitif kepada nikel. Emas jenis ini boleh digandingkan dengan hiasan batu permata tetapi tidak sesuai untuk pelaburan.

6-Emas 585

Kandungan emas adalah 58.5 peratus keras, kukuh, lebih tahan lama dan lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel. Emas perhiasan ini sering digandingkan dengan batu permata pelbagai warna. Pun begitu, kandungan logam lain lebih banyak daripada emas dan tidak sesuai untuk pelaburan.

7-Emas 417

Kandungan emas adalah 41.7 peratus. lebih keras, kukuh, lebih tahan lama, tidak mudah tercalar atau bengkok. Bagaimanapun ia tidak sesuai dipakai mereka yang sensitif kepada nikel. Emas ini dijadikan barang kemas yang mempunyai hiasan batu permata.

8-Emas 375 atau suasa

Dengan kandungan emas 37.5 peratus, ia kebiasaannya digunakan untuk membuat cincin suasa untuk lelaki.

Sudah tahu jenis-jenis emas dan nama nama emas, diharapkan lebih mudahlah anda membeli barangan perhiasan mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.

Baca juga: [VIDEO] Sejuk perut mengandung, wanita tersentuh anak 9 tahun hadiahkan cincin emas Hari Ibu

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca