SELAIN sambutan ulang tahun kelahiran, Hari Ibu adalah saat para wanita diraikan oleh anak dan suami.

Kasih sayang ibu tiada galang gantinya. Kedudukan ibu sangat mulia. Tiada ibu, maka tiadalah kita.

Pada hari istimewa yang jatuh pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun, pelbagai kejutan bermakna diberikan buat insan bergelar ibu. Antaranya ialah pemberian hadiah pelbagai bentuk.

Baca juga: [VIDEO] Ibu sanggup masuk hutan kayu bakau cari barang terpakai buat anak main masak-masak di rumah

Baca juga: Wanita terkorban kapal karam, sanggup minum urin untuk selamatkan dua anak dengan susu ibu

Tidak kurang juga meraikan ibu masing-masing dengan membawa ratu hati bercuti, makan di restoran atau memanjakan diri di spa.

Bagi yang masih kecil dan bersekolah, ada yang sanggup membuat tabungan untuk membelikan ibu mereka hadiah.

Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial TikTok, seorang kanak-kanak lelaki sanggup mengorbankan duit raya dan pendapatan bekerja sambilan untuk membeli cincin emas sebagai hadiah Hari Ibu.

Siapa menyangka pada usia sembilan tahun, kanak-kanak bernama Adam sudah pandai mengambil hati si ibu.

Paparan video berdurasi 40 saat dikongsi pengguna TikTok @leyana92 menunjukkan kanak-kanak itu bersama si ibu di kedai emas.

Malah jelasnya, ia bukan kali pertama menerima barang kemas daripada Adam.

“Siapa yang pernah tengok TikTok, tahun lepas dia hadiahkan rantai tangan pandora. Dia nak sangat bagi cincin tapi saya tak nak.

“Tahun ini saya tunaikan hajat dia,” titip Leyana.

Adam dilihat berurusan sendiri dengan kaki tangan kedai emas berkenaan.

“Mama hanya tolong kirakan duit sahaja. Dia anak yang tidak pernah berkira dengan saya. Moga murah rezeki, terima kasih hadiahkan mama cincin.

“Lepas ni kumpul duit pergi umrah pula ya,” tulis Leyana pada video berkenaan.

@leyana92 tq abg bagi mama hadiah hari ibu…#leyanaiznie #leyana #tiktok #fpy ♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️

Adam sendiri memberitahu tidak berasa rugi melepaskan peluang membeli barangan kegemaran kanak-kanak seusianya seperti barang permainan sebaliknya menghadiahkan si ibu barang kemas.

Iklan

“ Nak bagi mama seronok, Adam tak menyesal, “katanya.

@leyana92 penjelasan dri adam…#fpy #tiktok #leyana #leyanaiznie ♬ bunyi asal – 🌷💞yana💞🌷

Warga maya rata-rata memuji ketulusan anak kecil berkenaan dalam menitipkan hadiah buat ibu tersayang.

-“Anak sis anak yang hebat. Semoga jadi anak yang baik untuk keluarga, sejuk perut mengandung.”

-“Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH. Moga Adam menjadi anak yang bertanggungjawab menjaga mama dan adik.”

-“Alhamdulillah, tahniah ibu didik anak dengan baik.”

-“Subhanallah, anak yang berjasa mengenang budi orang tua.”

Iklan

Kata mereka sikap berdikari kanak-kanak itu menambah pengalaman hidup. Malah ramai mendoakan Adam berjaya pada masa hadapan.

-“Pengalaman pada diusia muda ini pasti akan jadikan dia sorang yang berjaya nanti.”

– “Anak yang baik, kecil lagi pandai. Moga impian adik jadi usahawan tercapai. One day, dia pasti akan menjadi usahawan muda yang berjaya.”

Baca juga: [VIDEO] Hilang di Mekah, wanita ini tidak putus asa mencari ibu sejak 16 tahun

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI