Bolehkah orang lain guna akaun bank kita? Elak jadi mangsa akaun keldai, berikut 8 info mengenainya

A
A
A

“AQILA (bukan nama sebenar), 25, mencari iklan kerja melalui Facebook dan tertarik dengan satu iklan jawatan kosong. Beliau menghubungi nombor telefon yang tertera dalam iklan itu dan diterima bekerja.

“Dia diminta untuk memberikan semua butiran peribadi termasuk nombor akaun bank dan dimaklumkan bahawa gajinya dikira sebanyak RM50 setiap kali membuat pemindahan wang secara dalam talian

“Ratusan transaksi masuk ke akaunnya dalam pelbagai jumlah (RM10,000, RM7,000, RM16,000 dan RM22,879), sehinggalah namanya tular di media sosial kerana menipu sebagai penjual dalam talian.

“Aqila akhirnya tersedar segala butiran peribadinya digunakan untuk tujuan penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.”

Baca juga: Suami, bekas suami culas bayar nafkah akan disekat akaun bank, 8 fakta yang perlu diketahui

Penting bagi kita untuk mengelakkan diri daripada membiarkan pihak lain menggunakan akaun bank mereka sebagai akaun keldai.

Setiap pemegang akaun bank bertanggungjawab sepenuhnya ke atas apa jua transaksi dan maklumat perbankan peribadi mereka.

Pemegang akaun juga tidak sepatutnya mendedahkan atau berkongsi apa jua maklumat perbankan peribadi dengan orang lain.

Malah korang sebagai pemegang akaun tidak seharusnya memberi maklumat perbankan peribadi mereka sewenang-wenangnya untuk apa-apa tujuan, walaupun untuk tujuan permohonan pekerjaan atau pinjaman dengan mana-mana pihak.

Sebaiknya selidik terlebih dahulu latar belakang dengan siapa kita berinteraksi.

Baca juga: Jangan suka-suka kongsi akaun bank, silap gaya boleh dipenjara!

Lima cara boleh dilakukan bagi mengelakkan salah guna akaun bank:

1- Jangan serah kad debit/ATM kepada pihak ketiga.

2- Jangan dedah maklumat perbankan peribadi, nombor akaun, nombor PIN atau kata laluan kepada pihak ketiga.

3- Laporkan kehilangan kad ATM kepada pihak bank dan polis dengan segera.

4- Sentiasa berwaspada terhadap mana-mana individu yang tidak dikenali dalam membuat pemindahan wang, kerana ianya boleh didakwa bersubahat melakukan jenayah kewangan bersama suspek.

5- Laporkan segera kepada pihak polis atau bank sekiranya mendapati wang di dalam akaun bukan milik korang.

Implikasi terhadap pemegang akaun keldai

Sekiranya seseorang terjebak menjadi pemegang akaun keldai, individu tersebut boleh disekat daripada menggunakan akaun bank tersebut dan akaun berkenaan boleh ditutup oleh pihak bank.

Mereka juga akan berhadapan kesukaran berurusan dengan pihak bank pada masa hadapan.

Malah, pemegang akaun keldai boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah sekira terbukti dengan sengaja menjadikan diri alat untuk melakukan transaksi menyokong aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Antara implikasi lain termasuklah:

• Kesukaran untuk menerima pendapatan seperti gaji bulanan melalui akaun bank.

• Kemungkinan kehilangan pekerjaan yang sedia ada atau sukar mendapat peluang pekerjaan lain.

• Kesukaran untuk menjalankan perniagaan memandangkan reputasi telah tercemar.

Justeru itu,mustahak bagi kita semua mengelakkan diri daripada membiarkan pihak lain menggunakan akaun bank kita sebagai akaun keldai.

Pesanlah kepada rakan taulan dan sanak saudara supaya kita tidak terjebak perkara ini!

Baca juga: Kongsi nombor akaun bank pada umum berisiko jadi mangsa scammer

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Ringgit (Bank Negara Malaysia)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca