Cara mudah hilangkan bau najis kucing

kucing obes
kucing obes
A
A
A

BAGI sesetengah orang agak sensitif dengan bau najis kucing tapi masih mahu membela kucing kerana sayangkan haiwan tersebut.

Jadi, bagaimana nak hilangkan bau tidak menyenangkan itu.

Bagi mereka yang mula berjinak-jinak mahu memelihara kucing, di sini Sinar Plus kongsikan beberapa tip hasil perkongsian salah seorang peminat kucing, Norliza Hani atau lebih dikenali sebagai Mueeza Hani di laman Facebook miliknya.

Menurut perkongsian Norliza, pemilik kucing boleh menggunakan arang sebagai salah satu alternatif bagi menghilangkan bau najis kucing yang agak kuat itu.

Arang dikatakan memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelabagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.

Cara mudah hilangkan bau najis kucing

Caranya mudah! Sediakan bekas dengan saiz yang bersesuaian untuk dimuatkan dengan beberapa ketul arang (kayu) dan tebuk permukaan atas bekas tersebut supaya bau arang itu dapat keluar.

Kemudian, letakkan sahaja bekas tersebut di sebelah sangkar kucing atau berhampiran dengan bekas pasir najis kucing (litter box). Mudah bukan?

Namun, cara mudah itu juga tak mungkin berhasil jika anda malas untuk membersihkan litter box dan kawasan tempat tinggal kucing anda. So, jangan malas! Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca