Covid-19 : Pemilik darah O jika dijangkiti mungkin tidak kritikal - Kajian

Covid-19 : Pemilik darah O jika dijangkiti mungkin tidak kritikal - Kajian
Covid-19 : Pemilik darah O jika dijangkiti mungkin tidak kritikal - Kajian
A
A
A

TERDAHULU, kajian awal dari Pusat Perubatan yang berpangkalan di Wuhan, China mendapati individu mempunyai darah A dipercayai lebih mudah terdedah kepada jangkitan wabak Covid-19.

Hasil kajian tersebut juga mendapati, sebahagian besar pesakit dari Wuhan dan Shenzhen, China yang dijangkiti virus berbahaya itu tergolong dalam kumpulan pesakit darah A telah meninggal dunia.

Terbaharu, satu kajian yang dibuat oleh Jabatan Perubatan Universiti British Columbia dan Hospital Besar Vancouver, Kanada pula mendapati mereka yang mempunyai darah jenis O didapati kurang berisiko dijangkiti Covid-19.

Jika dijangkiti sekalipun, pemilik darah O mungkin tidak akan berada dalam keadaan kritikal.

Penyelidikan ini sekali gus menunjukkan jenis atau kumpulan darah berperanan dalam tahap keupayaan seseorang itu mencegah jangkitan, lapor CNN.

Namun, pakar menegaskan lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum membuat sebarang andaian.

Kajian mendapati daripada 7,422 individu positif Covid-19, hanya 38.4 peratus adalah daripada kalangan mereka yang memiliki darah jenis O, manakala 44.4 peratus pula daripada jenis A.

Cara kerajaan China atasi isu kesihatan mental yang dialami frontliner Covid-19

Sementara itu, doktor unit rawatan intensif di Hospital Besar Vancouver yang juga penolong profesor klinikal di Bahagian Perubatan Penjagaan Kritikal dan Jabatan Perubatan di Universiti British Columbia, Dr Mypinder Sekhon pula berkata, selain jenis darah, faktor usia dan tahap kesihatan seseorang juga perlu diambil kira.

"Jika anda dalam kumpulan darah A, tak perlu panik.

"jika anda dalam golongan darah O, tidak bermakna anda bebas pergi ke pub dan bar," tambahnya.

Walaupun terdapat beberapa teori, para penyelidik belum mengenal pasti mekanisme yang dapat menjelaskan kaitan di antara kumpulan darah dan Covid-19.

Antaranya, pemilik darah jenis O kurang terdedah dengan masalah pembekuan dalam darah.

Pembekuan darah merupakan salah satu punca jangkitan Covid-19 menjadi lebih teruk.

Covid-19: Kelesuan dan hilang deria bau dan rasa juga gejala tidak nyata

Penjelasan lain yang mungkin melibatkan antigen kumpulan darah dan bagaimana ia mempengaruhi pengeluaran antibodi yang melawan jangkitan.

Ia juga boleh dikaitkan dengan gen berkaitan dengan jenis darah dan kesannya kepada reseptor dalam sistem kekebalan tubuh.

Maka, walau apa sekali pun kumpulan darah anda, sentiasalah amalkan amalan mencuci tangan dan mengikuti segala garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa untuk mengelakkan daripada dijangkiti Covid-19.

Tak pernah jemu SinarPlus ingin nasihatkan, mencegah itu lebih baik daripada mengubati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca