Dah amal tip murah rezeki tapi tak 'menjadi', semak kembali 5 perkara ini
SESEBUAH rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus.
Apatah lagi jika suami isteri istiqomah melaksanakan perintah Allah SWT, maka mencurah-curahlah rezeki yang datang.
Tapi bagi sesetengah orang, segala kebaikan untuk mendapat rezeki murah telah dipraktikkan namun kadang-kadang tak 'menjadi' juga.
Rupanya dalam kita amalkan tip kebaikan, kita selalu juga buat perkara yang menjauhkan rezeki.
Oleh itu, untuk memastikan rezeki dalam rumah tangga mengalir dengan mudah dan melimpah ruah, pastikan kita dan pasangan cuba menjauhi perkara-perkara ini;1. Lupa tanggungjawab kepada ibu bapa
Iya kawan-kawan, ibu bapa ini sumber keberkatan hidup kita. Terutama sudut rezeki kita.
Saat kita melupakan mereka, percayalah akan ada satu dinding hijab yang menjadi penghalang untuk rezeki terus laju kepada kita.
2. Kedekut
Allahu. Kedekut ini boleh jadi dalam macam-macam keadaan. Terutama kedekut bersedekah. Korang, tak banyak kita bagi sikit. Tak selalu, sekali sekala pun ok. Yang penting tidak kedekut.
3. Putus silaturrahim dengan adik-beradikKadang kita macam tak percaya ada adik-beradik yang dah tak berhubung sesama mereka bertahun-tahun kan?
Namun ramai dalam masyarakat kita berlaku macam itu. Punca selisih faham akhirnya bergaduh. Tak nak mengalah. Sudahnya buat tak peduli sama sendiri, hidup berjauhan dan melupakan.
Kawan-kawan, ini mengundang kemurkaan Tuhan. Rezeki mana yang akan masuk?
4. Pengotor
Ini pun bahaya. Kotor hati, suka melayan perasaan yang tak elok. Mengundang syahwat kepada yang bukan mahram. Kotor akal, fikir yang bukan-bukan. Juga mengundang syahwat yang haram.
Cakap kotor, mencarut dan suka menghina orang lain. Kalian, kelemahan orang lain ujian buat mereka. Kita bantu untuk membina, bukan menghina.5. Solat bersahaja atau ala kadar
Solat inilah perantara kita dengan Tuhan yang memberikan kita rezeki. Bila kita ala kadarkan solat, rezeki kita juga akan ala kadar.
Bukanlah sifat Tuhan itu berdendam dan membalas perlakuan kita. Tapi tidak layaknya kita menerima rezeki yang banyak kerana seolah mempermainkan solat yang sungguh mulia.
Kawan-kawan yang baik, jika ubat kita gaul dan makan sekali dengan racun, nescaya racun yang akan memberi kesan kepada diri kita.
Baca juga Pelajar ‘carut’ guru conteng baju bakal didenda RM100 jika sabit kesalahan
Begitulah jika kita melakukan amalan kebaikan yang dalam masa sama kita tak tinggalkan kejahatan, mana mungkin manfaat kebaikan tadi kekal bersama kita.
Jadi, hindarkan semua kejahatan semoga rezeki kita sentiasa murah dan berkat.
Sumber: Firdaus Mokhtar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang