Doktor dedah penyakit kerap serang ahli sukan, anak muda aktif pun boleh terkena
GEMPAR awal pagi semalam ayam tambatan pasukan Denmark, Christian Eriksen rebah tidak sedarkan diri pada perlawanan bola sepak Piala Euro 2020.
Pertemuan Denmark menentang pasukan Finland itu terhenti sebelum separuh masa pertama berakhir selepas pemain tengah tuan rumah yang sedang lincah beraksi tiba-tiba rebah di padang Stadium Parken, Copenhagen.
Kejadian perlawanan Kumpulan B pada minit ke-42 itu menyaksikan Denmark mendapat lontaran ke dalam berdekatan kubu lawan.
Bagaimanapun, Eriksen yang meluru menyambut balingan itu tanpa diberi tekanan pihak lawan dikatakan terjatuh dan tidak sedarkan diri.
Tragedi yang menimpa tonggak Inter Milan itu membuatkan kedua-dua pasukan tergamam, lalu rakan sepasukan menghampirinya yang terbaring mendapatkan rawatan selama 10 minit. Seterusnya, pengadil mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan babak pertama.
Situasi sama turut terjadi kepada para penyokong di stadium yang terkejut sehingga ada mengalirkanair mata.
Ini bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini pada March 2012, pemain bola sepak bernama Fabrice Muamba
jantungnya berhenti berdegup selama 78 minit ketika perlawanan Piala FA antara Bolton melawan Tottenham
Hotspur. Pun begitu, beliau dapat diselamatkan.
Menurut Pakar Perubatan Kecemasan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr SazOne Sham, banyak kajian menunjukkan punca terutamanya mati mengejut dalam kalangan ahli sukan adalah kerana masalah jantung antaranya HCM (Hypertrophic Cardiomyopathy).
"Ini adalah keadaan yang mana dinding jantung menebal. Penyebabnya adalah genetik tidak normal atau mutasi genetik."Biasanya dalam sejarah keluarga berlaku kematian mengejut beberapa ahli sukan ketika usia muda tanpa sebab. Biasanya meninggal dunia alam tidur," kongsi beliau di Facebook baru-baru ini.
Menurutnya, HCM menyebabkan ritma jantung tidak normal (arrythmia) dan halangan aliran darah.
"Apabila jantung berdegup semakin laju, laluan darah terhalang daripada di pam ke seluruh badan oleh pergerakan dinding otot jantung yang tebal."Ritma jantung boleh secara tiba-tiba bertukar kepada ritma maut, Ventricular Fibrillation (VF) menyebabkan nadi terhenti.
"HCM juga penyebab kematian mengejut kepada orang muda yang aktif. Biasanya tanpa gejala. Bernasib baik jika ada gejala sakit dada, mungkin sempat dikesan dan dirawat doktor.
Baca juga Mandul, batuk tak hilang antara tanda Long Covid. Ini cara atasinya
Kata Dr SazOne, tiada rawatan untuk menyembuhkan HCM, tetapi ritma tidak normal (VF) boleh dibantu dengan CPR dan defibrillator (AED).
"Belajarlah CPR. Anda mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa," pesan beliau.
Ini panduan CPR tanpa bantuan pernafasan;
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang