Elak diri jadi mangsa penjenayah! Jom semak fakta bagi mengetahui bahasa tubuh si penipu
SETIAP daripada kita pastinya tidak ingin menjadi mangsa penipuan apalagi perbuatan keji itu dilakukan oleh individu terdekat.
Meskipun orang kata belajar daripada kesilapan dapat membantu menyelamatkan diri daripada terus menjadi mangsa, tetapi malang itu tidak berbau.
Oleh yang demikian, tidak salah jika kita mengambil langkah berhati-hati dengan cara melakukan pemerhatian terhadap bahasa tubuh individu yang cuba untuk berkomunikasi atau ingin meminta sesuatu daripada kita.
Berikut merupakan fakta mengenai cara untuk mendapatkan kepastian sama ada individu terbabit sedang berbohong atau bercakap jujur:
1. Pandangan mata
Orang kata dari mata boleh turun ke hati. Ada pula cakap, renungan mata tidak berbohong, betul ke? Macam-macam orang cakap mengenai mata. Begitu juga jika kita ingin mengettahui sama ada seseorang itu jujur atau tidak.
Caranya dengan melihat arah pandangan individu terbabit ketika sedang bercakap. Sekiranya pandangan sering terlihat ke arah kri, kebarangkalian seseorang itu memang bercakap jujur atau cuba mengingatkan sesuatu perkara.
Bagaimanapun, jika sepanjang perbualan individu terbabit kerap melihat ke arah kanan, itu bermakna orang itu dipercayai sedang berbohong dan cuba membuat helah.
2. Pergerakan tubuh
Individu yang sedang berbohong sering menggunakan bahasa tubuh untuk menyembunyikan penipuan mereka. Cuba perhatikan pergerakan anggota badan terutamanya pada bahagian tangan.
Difahamkan seseorang yang sedang menipu akan sering memegang bahagian muka mereka disebabkan berlakunya tindak balas kimia dalam badan.
Disebabkan itu, bahagian muka akan sering berasa gatal seperti pada hidung, pipi, dahi dan kepala.
Baca juga:Nikah 30 tahun terpaksa bubar sebelum tunai umrah gara gara rahsia disembunyikan orang tua
3. Berpeluh
Sudah pastinya setelah melakukan aktiviti fizikal atau berada di bawah tering matahari pastinya membuatkan tubuh kita mengeluarkan peluh dan keringat. Namun, bagaimana pula jika hal itu berlaku secara tiba-tiba setelah diajukan beberapa pertanyaan.
Seseorang yang sedang berbohong cenderung berpeluh pada bahagian dahi dan pipi. Pada masa sama, mereka juga akan sering melontarkan pandangan ke arah kiri dan kanan termasuk tidak bertentang mata dengan mereka yang sedang bercakap dengannya.
Itu antara saranan-saranannya. Apa-apapun, paling penting ialah kita sendiri perlu melakukan siasatan bagi mendapatkan kebenaran.
Tidak baik sekiranya mengambil keputusan secara membabi buta tanpa usul periksa. Tindakan tersebut pastinya tidak adil dan mampu menyebabkan berlakunya fitnah.
Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang