300 penumpang KTM Komuter terima kejutan minuman percuma daripada Yeo’s
MEMULAKAN hari dengan rutin yang sama, sama ada bergegas ke tempat kerja, mengejar kelas atau bersesak dalam tren, kadangkala membuatkan seseorang terlupa menikmati momen kecil yang menyenangkan.
Namun, perkara sederhana seperti menerima minuman percuma ketika dalam perjalanan mungkin cukup menceriakan pagi seseorang.
Suasana itu mewarnai perjalanan KTM Komuter dari KL Sentral pada Khamis lalu apabila penumpang menerima edaran percuma Yeo’s Yeogurt, sekali gus mencetuskan kejutan kecil dalam rutin perjalanan harian mereka.
Sebanyak 300 botol minuman itu diagihkan di dalam tren, manakala pengunjung di KL Sentral turut berpeluang mencuba tiga perisa menerusi edaran lebih 1,000 cawan sampel.

Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada kempen ‘Versi Baharu Dirimu’ yang diperkenalkan sempena pelancaran Yeo’s Yeogurt dalam botol baharu bersaiz 350 mililiter (ml).
Menurut Pengarah Pemasaran Yeo’s Malaysia, Renda Low, pemilihan tren komuter bukan sekadar lokasi untuk mengedarkan minuman, sebaliknya mengambil kira kelompok pengguna yang memulakan hari dengan pelbagai pengalaman baharu, khususnya pelajar kolej, universiti dan golongan bekerja.
Pengalaman seperti hari pertama melangkah ke kampus, memulakan pekerjaan baharu atau bertemu orang yang belum dikenali menjadi inspirasi kepada kempen tersebut.
“Apabila semuanya baharu, kadang-kadang perkara kecil seperti menikmati minuman kegemaran pun cukup untuk buat kita rasa lebih selesa.
“Barulah kita lebih berani untuk mencuba, berkenalan dan menunjukkan sisi diri yang mungkin belum pernah kita tonjolkan,” katanya.

Zon selesa
Mesej itu dekat dengan realiti kehidupan anak muda yang sering berhadapan perubahan, daripada menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu hinggalah mencari keyakinan untuk keluar daripada zon selesa.
Selain edaran minuman, pengunjung di KL Sentral turut berpeluang menyertai permainan ‘Unlock Your New Version’ untuk memenangi hadiah. Wakil media, pempengaruh dan pencipta kandungan juga turut menaiki tren bersama penumpang bagi memeriahkan aktiviti berkenaan.
Pelancaran itu disiarkan secara langsung dari KL Sentral, serentak dengan acara untuk warga kerja Yeo’s di Shah Alam.

Kempen berkenaan turut menampilkan Azeva dan Zaki Yamani menerusi tiga video pendek berdurasi 20 saat yang menggunakan pendekatan penceritaan ala permainan video. Kisah yang diketengahkan menggambarkan situasi biasa anak muda, termasuk mencari kelas pada hari pertama di kampus, berdepan tren yang sesak dan keletihan selepas seharian bekerja.
Yeo’s Yeogurt 350ml kini boleh didapati di kedai dalam tiga pilihan perisa iaitu Asli, Anggur dan Beri Campuran. Minuman berkenaan juga diperakui halal serta mengandungi vitamin B6 dan serat diet.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

