Elak rumah berbau lepas masak!
SETIAP kali lepas masak menu-menu yang berbau seperti sambal tumis, ikan masin goreng atau bakar belacan, pasti satu rumah akan berbau kan?
Kadang-kadang rasa macam berhari-hari bau itu masih ada dan tak hilang-hilang. Selalunya sebab utama satu rumah berbau ini sebenarnya sistem sirkulasi di dapur kita tak begitu baik.
Tapi itulah, biar pun dah buka semua tingkap tetap juga ada bau.
Jadi untuk atasi perkara ini, cuba lakukan langkah mudah ini.
1. Sebelum
Tutup pintu (jika dapur anda ada pintu di antara ruang dapur dan ruang tamu) dan pastikan tingkap dibuka. Pasang kipas untuk melancarkan pengudaraan.
2. Semasa
Buang segala makanan yang mudah rosak dan berbau dalam plastik yang berasingan agar mudah dibuang ke dalam tong sampah di luar rumah.
Sambil memasak sambil itulah mengemas seperti mencuci periuk dan kuali yang sudah selesai digunakan daripada membiarkannya berbau di sinki.
3. Selepas masak
Rendam beberapa keping roti ke dalam cuka dan letak di tempat yang strategik untuk menyedut bau. Letakkan mentega, gula dan kayu kulit manis dalam aluminium foil dan letak atas dulang pembakar.
Kemudian masukkan ke dalam oven bersuhu 200 darjah selama satu jam untuk dapatkan dapur berbau seperti bakeri.
Tip tambahan:
1. Bersihkan lantai dengan air + pelembut fabrik atau cuka makan
Selalunya lepas memasak bukan sahaja bau masakan yang ada, lantai pun rasa macam melekit. Silap hari bulan langsir dan sofa pun ada bau masakan.
Caranya, campurkan pelembut fabrik atau cuka dengan air paip biasa dan mop satu rumah. Langsir dan sofa pula boleh spray terus ke atas fabrik. Udara bukan sahaja berbau segar, lantai pun bersih tau.
2. Letakkan arang di laluan asap masakan
Meletakkan arang di dapur juga dapat mengurangkan bau masakan, tapi cara ini lambat sedikit.
Arang ini juga sangat berkesan untuk hilangkan bau dalam kereta dan peti sejuk juga tau...
PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang