Elektrik punca kebakaran tertinggi, 6 perkara wajib buat sebelum tinggal rumah balik kampung

A
A
A

Elektrik punca kebakaran paling tinggi, 6 perkara wajib buat sebelum balik kampung

KETIBAAN 1 Syawal dijangkakan hujung minggu ini, ramai yang sudah merancang perjalanan pulang ke kampung halaman.

Meninggalkan kediaman dalam keadaan selamat adalah langkah yang perlu diambil kerana bencana kebakaran tidak boleh dijangka dan berbahaya.

Mengikut statistik kebakaran 2016-2017 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, salah satu punca kebakaran yang tertinggi ialah elektrik dengan litar pintas mencatat kes paling tinggi.

Justeru, sebelum balik kampung, jangan lupa untuk menjaga penggunaan elektrik di rumah anda.

Baca juga: Balik kampung elak memandu waktu-waktu ini, microsleep boleh membunuh!

Baca juga: ‘Mereka nak baju raya hitam.’ Ibu 4 anak maut kebakaran hiba tak sempat beli, baju tadika ubat rindu

Berikut adalah beberapa tips daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh membantu anda mengurangkan risiko kebakaran dan penggunaan tenaga yang berlebihan.

1-Pastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mengelakkan arus elektrik daripada terus mengalir.

2- Sekiranya perlu menyalakan lampu rumah bagi mengelakkan kecurian, sila pertimbangkan penggunaan alat pengukur masa (timer) supaya lampu tidak dipasang 24 jam sehari.

3-Pastikan semua soket dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai (adapter) berlebihan.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

4-Pastikan peralatan elektrik yang perlu dipasang dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik berfungsi dengan lancar.

5-Pastikan anda mematikan plug penapis air dan paip air masuk ke penapis air.

6- Buka gulungan wayar sambungan tambahan sepenuhnya untuk mengelakkan daripada menjadi terlalu panas jika digunakan.

7-Menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) adalah satu amalan yang sebaik-baiknya dilakukan sebulan sekali.

Sebelum bergerak balik, jangan lupa lakukan buat enam perkara ini untuk mengelakkan perkara tidak diingini ya!

Semoga tips ini dapat membantu anda memastikan tahap keselamatan rumah anda. Selamat pulang berhari raya!

Baca juga: Kebakaran Jakel tular, orang awam jangan hampiri lokasi, 30 tip perlu buat semasa, selepas elak maut

TIP PENGGUNAAN ELEKTRIK SEMASA BERAYA

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

1-Elakkan memegang peralatan dan soket elektrik dalam keadaan tangan basah.

2-Jangan biarkan lampu raya terpasang semalaman.

3-Gunakan timer untuk mengelakkan lampu terpasang 24 jam.

4-Pastikan voltan peralatan elektrik luar negara bersesuaian dengan voltan di Malaysia.

5-Hari raya pertama nanti pasti ada makanan lebihan. Apabila makanan panas terus diletak ke dalam peti sejuk, peti sejuk akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk kembalikan suhu peti ke suhu yang optimum. Oleh itu, sejukkan sebelum disimpan ke dalam peti sejuk untuk jimat tenaga.

6-Intai, ambil dan tutup. Amalkan tiga langkah ini untuk memastikan kita tidak membuka peti sejuk terlalu lama dan boleh menyebabkan pembaziran tenaga.

Baca juga:Kena letak duit syiling dalam freezer sebelum bercuti atau balik kampung, ini sebabnya yang ramai tak tahu

Sumber: Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya Tenaga

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca