KEBAKARAN membabitkan Wisma Jakel menjadi perhatian ramai. Dua kebakaran berlaku selang beberapa jam sahaja mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit.

Bencana kebakaran bukan sahaja boleh mengakibatkan kerosakan harta benda, lebih parah lagi jika ia membabitkan kehilangan nyawa.

Justeru penting bagi anda untuk mengenal pasti bahaya kebakaran, bertindak untuk mengelakkannya dan mengetahui langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan agar risiko kebakaran boleh dikurangkan.

Baca juga:Kebakaran di Jakel Mall Shah Alam turut jejas butik Fitri Haris

11 TIP PENCEGAHAN KEBAKARAN

• Jangan tinggalkan makanan yang sedang dimasak tidak dijaga.

• Matikan semua peralatan memasak dan cabut palam peralatan apabila tidak digunakan.

• Pastikan dapur, tukup dapur dan ketuhar bersih dan bebas daripada gris.

• Jangan sekali-kali meletakkan barangan atau bahan yang mudah terbakar kertas dan bateri berhampiran sumber haba.

• Jangan menggunakan soket elektrik berlebihan.

• Periksa wayar rosak dan wayar terdedah. Jika ia ditemui, gantikan wayar tersebut.

 

Kredit foto: Pexels

• Jangan buang bara masih membakar (contoh seperti arang panas) dan puntung rokok ke dalam tempat pembuangan sampah tanpa dipadamkan sepenuhnya terlebih dahulu.

• Jangan letakkan langsir atau mana-mana bahan-bahan mudah terbakar berhampiran dapur atau apa-apa peralata yang menyala.

• Pastikan lilin yang menyala jauh dari hiasan kertas, kadbod, langsir dan perabot. Pastikan kedudukannya stabil dan diletakkan pada permukaan yang tahan haba supaya ia tidak tumbang dan terbakar.

• Pastikan mancis, pemetik api dan lilin jauh daripada jangkauan kanak-kanak.

• Bunga api atau mercun perlu diawasi dengan teliti.

Baca juga: ‘Menangis jiran call beritahu tingkat atas hangus’. Ustazah Siti Nor Bahyah kongsi kronologi kebakaran rumah adik

Bahaya kebakaran

Kredit foto: Pexels

Setiap lokasi berisiko berlaku kebakaran. Justeru anda boleh menjadikan kawasan persekitaran tempat yang lebih selamat dengan memantau perkara seperti berikut:

• Kotak dan barangan lain yang disusun di sepanjang koridor, laluan kecemasan dan tangga

• Surat khabar, perabot, kotak dan barangan lain yang dibuang

Bahaya kebakaran ini juga boleh menghalang usaha memadam kebakaran, pemindahan kebakaran dan mengangkut pesakit secara serius semasa kecemasan.

Jika anda seorang pemilik, pengendali atau sebahagian daripada pengurusan pusat beli-belah, premis hiburan awam dan pasar raya, elakkan bangunan anda daripada melebihi muatan penghuni yang dibenarkan kerana orang yang terlalu ramai akan menjejaskan prosedur kecemasan semasa berlakunya kecemasan dengan buruk.

Baca juga: Terbakar seluruh badan, kulit dada menggelupas dan rambut seperti arang. Ibu ini gadai nyawa selamat 6 anak daripada kebakaran

15 TIP JIKA ANDA TERBABIT KEBAKARAN

• Jangan panik.

• Beri amaran kepada orang lain tentang kebakaran dengan menjerit.

• Kosongkan bilik atau kawasan dan cuba pastikan setiap orang keluar dari premis tanpa membahayakan diri anda.

• Jika boleh, tutup pintu bilik yang terjejas untuk mengawal
Kebakaran merebak.

• Hubungi pihak Bomba.

• Matikan sumber gas utama jika anda mampu mencapainya.

• Aktifkan penggera kebakaran pada titik panggilan manual terdekat.

• Kosongkan bangunan dalam keadaan yang teratur melalui tangga.

Iklan

• Jangan sesekali menggunakan lif.

• Jangan kembali ke bangunan yang terbakar sehingga pihak berkuasa mengumumkan ia selamat.

• Dalam kebakaran yang membawa maut, kebanyakan orang maut akibat terhidu asap. Jika anda terperangkap di dalam bilik yang dipenuhi asap, tutup hidung dan mulut anda dengan sehelai kain basah.

• Elakkan bernafas melalui mulut

• Tiarapkan badan hampir dengan permukaan lantai kemudian merangkak ke arah lokasi selamat.

• Pastikan kepala anda sentiasa di bawah asap.

Baca juga: Khianat baling mercun bola atas bumbung, 9 kediaman musnah dalam kebakaran

Kredit foto: Pexels

PERKARA PERLU DILAKUKAN SELEPAS KEBAKARAN

Selepas kejadian, jangan sewenang-wenangnya memasuki bangunan yang terbakar. Lakukan lapan perkara berikut untuk mengelakkan

1-Ikuti nasihat dan saranan daripada pihak bomba dan penyelamat.

2-Berhubung dengan syarikat insurans anda.

Iklan

3-Ambil gambar kejadian dan kerosakan.

4-Buang semua makanan dan minuman yang terlibat dalam kebakaran.

5-Jangan masuki bangunan sehingga pihak berkuasa mengesahkan ia selamat.

6-Jangan menghidupkan mana-mana peralatan elektrik.

7-Jangan menggunakan paip sehingga pihak pembekalan air mengesahkan ia selamat.

8-Jangan mencuci mana-mana fabrik selepas kebakaran kerana bimbang wujud kesan daripada asap.

Baca juga: 10 tip hadapi kebakaran, asap tebal boleh membunuh

Sumber: The Safe Group UK, scdf.gov.sg

Kredit foto utama: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi