#SiBibirMerah: Pakai baju sesuai untuk vaksinasi. Jangan over melaram, bukan nak ke mall
SEPERTI yang kita sedia maklum, pada 5 Mei 2021 secara rasminya bermula proses suntikan vaksin keluaran AstraZeneca di empat lokasi berbeza di Selangor dan Kuala Lumpur.
Keterujaan dan rasa tanggungjawab untuk mencapai imuniti kelompok dalan mencegah penularan Covid-19 telah mendorong masyarakat yang menetap di dua negeri itu tidak melepaskan peluang keemasan tersebut.
Buktinya, dalam tempoh kurang empat sahaja sebanyak 268,800 dos vaksin AstraZeneca yang ditawarkan kepada orang ramai secara online laris umpama pisang goreng. Wow menakjubkan!
Kemudian, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pula pembukaan fasa kedua program suntikan vaksin tersebut.
Ia melibatkan lapan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) di lima buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
Justeru, Bibir Merah yang menetap di Lembah Klang antara kumpulan fasa terawal berjaya menempah slot untuk proses vaksinasi tersebut. Alhamdullilah, sudah selesai mendapatkan suntikan dos pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 30 Mei lalu.
Pujian diberikan kepada pasukan bertugas yang proaktif dalam memastikan proses vaksinasi berjalan lancar daripada A hingga Z.
Pun begitu, yang ingin Bibir Merah bicarakan hari ini adalah berkaitan etika pemakaian tatkala pergi mendapatkan suntikan vaksin.
Kalau boleh pilihlah pakaian sopan dan ideal bagi memudahkan diri sendiri dan pasukan perubatan yang bertanggungjawab memberikan suntikan.
Jika kita menyarungkan baju terlalu ketat atau berlapis-lapis secara tidak langsung akan mengambil masa untuk menyelak hingga ke pangkal bahu. Situasi itu sedikit sebanyak turut menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian lengan ketika proses vaksinasi dilakukan.
Itupun kalau bernasib baik. Cuba fikirkan apa yang akan berlaku sekiranya pakaian itu tidak boleh diselak ke paras sepatutnya?
Perkara sama turut dikongsikan oleh seorang petugas kesihatan dikenali @azrulindahouse1 menerusi laman sosial TikToknya khusus buat wanita Muslimah yang bakal mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
"Bagi wanita Muslimah yang akan menyuntik vaksin pada bahagian bahu, sebaiknya pakailah baju lengan pendek. Kita faham aurat, tetapi bukankah ada kardigan.
"Jadi, pakai baju lengan pendek di dalam dan bahagian luar sarung kardigan. Jika tak nak pakai begitu pilihlah baju yang longgar sedikit.
"Maklumlah, kita tak ramai vaccinator wanita tambahan pula di pusat vaksin individu tidak boleh memilih lelaki atau wanita. Oleh itu, bagi memudahkan kerja pakailah baju bersaiz besar ataupun lengan pendek bersama sweater atau kardigan. Senang nak selak," terangnya baru-baru ini yang turut menyarankan agar wanita bukan beragama Islam memakai pakaian sopan ketika berurusan di PPV.
@azrulindahouse1Mudahkan kerja orang, orang mudahkan vaksinasi kita ?♬ original sound - Azrul Indahouse
Sementara itu, pelakon Nadiya Nisaa juga berkongsi tip ringkas cara pemakaian ideal buat wanita berhijab.
Bicara pemilik nama sebenar Nadiyatul Nisaa Kamaruddin menerusi Instagram miliknya @nadnisaa: "Alhamdulillah, tiba harinya saya dan ibu diberikan suntikan vaksin AZ (AstraZeneca). Proses berjalan lancar walaupun ada beberapa pit-stop.
"Muslimah berhijab saya cadangkan pakai 2 piece (lapisan) baju macam saya kardigan atau jaket supaya tidak terselak banyak sewaktu proses suntikan."
Ingat ya korang pesan Bibir Merah. Tiada salahnya hadir dalam persalinan yang cantik, segak dan kemas, tetapi biarlah busana pilihan itu memudahkan dua pihak.
Lagipun misi kita ke PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi membendung wabak jahat, maka tidak perlulah melaram terlalu over persis berkunjung ke mall pula.
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang