Gubah duit kertas menjadi jambangan bungan jangan sampai ada tanda lipat kekal!

Gubah duit kertas menjadi jambangan bungan jangan sampai ada tanda lipat kekal!
Gubah duit kertas menjadi jambangan bungan jangan sampai ada tanda lipat kekal!
A
A
A

LIPAT, gulung dan 'create'! Dalam budaya masyarakat Melayu dahulu, duit hantaran perkahwinan biasanya digubah menjadi bunga.

Namun kini budaya tersebut seakan sudah pudar memandangkan ia berdepan pelbagai risiko.

Akan tetapi orang ramai sekarang memilih pula kaedah gubahan wang kertas menjadi hadiah!

Apabila menyebut mengenai hadiah, jambangan bunga duit yang menjadi antara tren masa kini bukan saja sangat digemari, malah ia juga sebenarnya boleh disediakan sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Pelbagai rekaan hasil kreativiti terhadap gubahan bunga duit tersebut. Ada yang menggabungkan bersama coklat dan bunga hidup. Cantik!

Namun, ada yang mengatakan duit hasil daripada gubahan tersebut meninggalkan kesan lipatan sehinggakan tidak diterima di pasaran.

Menurut seorang pengguna Facebook dikenali As Abu Bakar, duit kertas tersebut tergolong dalam kategori mutilated.

"Kalau boleh penggubah bunga di luar tu janganlah buat macam ni sebab kedai tak nak terima. Akhirnya kami banker yang kena hadap.

"Ini dipanggil mutilated atau dicacatkan. Benda cacat ni bukan semua orang boleh terima, lagi-lagi kalau duit.

"Untuk penggubah bunga kalau nak letak duit jangan sampai ada lipatan kekal. Harap maklum. Lebih-lebih lagi sekarang ni trend money bouquet," tulisnya.

Guna duit anak

Sementara itu, Bank Negara Malaysia juga ada berkongsi tentang cara terbaik menjaga wang polimer (not RM1, RM5, RM10).

Wang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012.

Selain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama.

Jika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama.

Oleh itu, korang perlulah;

  • Simpan wang polimer secara mendatar atau menegak di dalam dompet atau beg duit.
  • Bersihkan wang polimer jika kotor.
  • Guna pengikat gelong kertas untuk mengikat wang polimer.

Korang juga perlu elakkan perkara ini;

  • Jangan lipat wang polimer berulang kali (contohnya sebagai hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal.
  • Jangan renyukkan wang polimer.
  • Jangan gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang polimer.
  • Jangan dedahkan wang polimer secara langsung kepada suhu yang tinggi.

Untuk pengetahuan semua, wang kertas yang rosak ataupun koyak sebenarnya masih mempunyai nilai dan boleh ditebus semula di bank.

Contoh jenis kerosakan wang kertas:

  • Kotor atau lusuh
  • Struktur wang kertas sudah lembik
  • Renyuk
  • Koyak
  • Berlubang
  • Terbakar
  • Dimakan anai-anai
  • Luntur warna

Baca juga Jangan tengking, naik tangan pada anak. Ini 7 teknik mudah ajar anak mudah patuh pada arahan

Kategori nilai penebusan wang kertas cacat;

1. Wang kertas yang masih ada sekurang-kurangnya 2/3 dari saiz asal – nilai penuh akan diberikan.

2. Wang kertas yang masih ada melebihi ½ tetapi kurang dari 2/3 dari saiz asal – nilai separuh akan diberikan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca