Guru termasuk penerima vaksin Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
JUMLAH kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia mula meningkat kembali sejak seminggu lalu.
Kemungkinan negara akan mengalami gelombang ke-empat juga mencetuskan kerisauan ramai.
Sarawak juga tiba-tiba mendahului Selangor sebagai negeri dengan kes baharu harian tertinggi kelmarin.
Antara kluster-kluster baharu yang amat merisaukan adalah yang berlaku di sekolah-sekolah membuatkan orang ramai menyarankan supaya guru-guru diberikan dahulu suntikan imunisasi secepat mungkin.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, dalam ciapannya di Twitter mengatakan kini guru-guru akan dimasukkan dalam senarai penerima Fasa Kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Pada Fasa Kedua yang akan bermula esok melibatkan orang awam yang mempunyai risiko tinggi seperti insan berusia dan mempunyai masalah kesihatan serta Orang Kelainan Upaya (OKU) akan diberikan vaksin.
Tetapi nampaknya golongan guru-guru juga akan dipercepatkan kerana jelas seperti petugas barisan hadapan mereka adalah penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara.
Manakala Fasa Ketiga dijadualkan bermula Mei hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan individu berusia 18 tahun ke atas dengan sasaran 14 juta orang.
Setakat ini hampir 9 juta telah mendaftar bagi mendapatkan vaksin menerusi MySejahtera dan lebih 1.12 juta pula telah menerimanya.
Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut bersetuju memberi kebenaran kepada individu untuk merentas negeri bertujuan membawa tanggungan terutama ibu bapa ke janji temu mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.
Baca juga Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Mulai 19 April, Rentas Negeri Dibenar Untuk Bawa Waris
Bagaimanapun kata Khairy yang juga menteri penyelaras program tersebut, kebenaran itu hanya tertakluk kepada seorang ahli keluarga sahaja.
Kami akan beri guru2 janji temu vaksin dalam fasa 2. https://t.co/3FZDAgqWiv
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) ?ref_src=twsrc%5Etfw">April 17, 2021
Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang