Shiqin Kamal sah bergelar isteri dengan sekali lafaz, terima mas kahwin dua dinar emas

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Shiqin Kamal sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, juralatih memanah dan berkuda, Mika Irfan Nojey Aman Amalo Nojey dalam majlis akad nikah yang berlangsung hari ini.

Tepat jam 12 tengah hari dengan sekali lafaz, Shiqin atau nama penuhnya Nur Ashiqin Mohd Kamal selamat disatukan dengan Irfan sebagai suami isteri dalam majlis yang diadakan di sebuah ruang acara di Damansara.

Dinikahkan oleh jurunikah yang juga Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Damansara Perdana, Ustaz Abd Salam Mahmud, ijab kabul Shiqin diwalikan abangnnya, Firodzeen Kamal.

Untuk rekod, pihak lelaki menyerahkan sebanyak lima dulang berbalas tujuh daripada  pengantin perempuan.

Penampilan pasangan mempelai turut mencuri perhatian. Keanggunan Shiqin yang juga pelakon Lagenda Budak Setan, Abang Long Fadil  dan Dilarang Masuk terserlah menggayakan dengan memakai dres putih dengan perincian renda manakala Irfan pula tampil segak dengan baju Melayu senada.

Majlis turut dihadiri ahli keluarga, sahabat terdekat  pasangan mempelai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang