Isu Solat Jumaat: Memang ada kuota 10 peratus jemaah VIP, ini penjelasan Imam Masjid Putra

A
A
A

BARU-baru ini timbul spekulasi membabitkan sebuah video yang tular apabila sekumpulan individu berkumpul di hadapan pintu masuk Masjid Putra kerana tidak dapat masuk ke dalam masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana kuota telah penuh.

Rakaman tersebut mendakwa seorang kenamaan (VIP) mendapatkan layanan istimewa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Susulan salah faham ini, pihak Masjid Putra pada Sabtu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf serta memaklumkan bahawa pengurusan masjid memperuntukkan sebanyak 300 kuota untuk kehadiran berjemaah untuk solat Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masjid Putra (Official IG) (@masjidputra)

Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu kehadiran mereka.

Apabila kapasiti jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu masuk utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid.

Difahamkan dalam insiden Jumaat lalu, pihak masjid telah menasihatkan para jemaah yang tidak dapat masuk dengan baik serta memaklumkan tentang kuota yang telah penuh.

Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim dalam satu hantaran video secara langsung di Facebooknya menerangkan masjid berkenaan menerima 300 jemaah untuk solat Jumaat buat masa ini berdasarkan  first come first serve.

Di samping itu, beliau juga menerangkan terdapat kuota sebanyak 10 peratus iaitu 30 orang untuk VIP.

Jelasnya, kuota 10 peratus itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Tuan-tuan kena faham, Masjid Putra adalah masjid kerajaan, duduk di sebelah Jabatan Perdana Menteri. Jadi kita kena bagi kuota sedikit, tak banyak, 10 peratus sahaja. Untuk siapa? Untuk VIP, jangan marah saya, itu ketetapan.

“Kita nak bagi peluang kepada VIP – pengarah dan ke atas. Mereka ini sibuk, kadang-kadang lambat keluar daripada mesyuarat pada hari Jumaat.

“Jadi kita bagi peluang kepada mereka untuk penuhkan kuota 30 orang, (manakala) 270 kuota untuk jemaah biasa,” katanya

Dalam pada itu, Ikmal  juga menyifatkan perbuatan merakam dan menyebarkan video yang mendakwa seorang VIP mendapatkan layanan istimewa adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Ikmal menerusi video berkenaan berkata tidak meredai perbuatan individu yang telah menularkan video tersebut dan mendoakan individu berkenaan dapat hidayah ALLAH.

Baca juga Ini 10 Masjid Paling Indah, Terbaik Di Selangor, Nombor 7 Memang Canggih

ANEKDOT MASJID PUTRA

-Masjid Putra Putrajaya dibina pada 15 Mac 1996 seiring dengan bermulanya pembangunan fasa pertama pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya.

-Masjid ini mula digunakan dengan rasminya pada 30 Ogos tahun 2000.

-Masjid Putra merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

-Ia dinamakan Masjid Putra bagi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

- Masjid ini berkonsepkan reka bentuk seni bina Parsi zaman kerajaan Safawi yang digabungkan dengan ciri-ciri moden, kotemporari menggunakan pendekatan sains dan teknologi.

Difahamkan masjid itu setiap minggu menerima kehadiran para jemaah yang menunggu sejak jam 11.00 pagi lagi untuk menunaikan solat Jumaat. Sama-samalah kita berlapang dada dan mengikuti peraturan yang ditetapkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca