Hati-hati 'scammer' curi duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu

A
A
A

‘SCAMMER’ atau penipu dalam talian semakin membimbangkan. Pelbagai taktik licik diguna mereka bagi mengaburi mata mangsa.

Berbicara tentang scammer, Macau Scam, Love Scam dan penipuan bomoh adalah antara contoh penipuan dalam talian yang sudah lama menjadikan rakyat di negara ini sebagai mangsa. Hinggakan ada jumlah kerugian mencecah ratusan ribu ringgit sekelip mata.

YouTuber masakan terkenal, Che Nom yang juga bekas jurutera di salah sebuah syarikat telekomunikasi berkongsi tentang risiko penipuan dalam talian dan cara menghindarinya.

Baca juga: Dulu jurutera kini ke dapur, Youtube Che Nom raih 1 juta pengikut

Baca juga: Persis Uqasha Senrose, Che Nom dedah wajah buat peminat teruja

“Hati-hati dengan scam yang mampu mencuri duit anda dalam bank. ‘Scammer’ akan iklankan perkhidmatan pembantu rumah dan lain-lain pada Facebook dan laman sosial lain.

“Apabila kita WhatsApp atau mesej ‘scammer’ ini perkara yang akan berlaku,” kata Che Nom yang berkongsi tiga langkah yang biasa digunakan dalang penipuan itu.

1. ‘Scammer’ akan menghantar pautan untuk memuat turun aplikasi android yang akan sentiasa curi SMS TAC anda.

2. ‘Scammer’ akan memberi pautan laman web yang direka sama seperti bank, contohnya Maybank2u. Tetapi ia bukan laman web sebenar dan hanya berfungsi untuk mencuri username serta kata laluan.

3. Apabila sudah mendapat username, kata laluan dan TAC, mereka boleh memindahkan duit anda tanpa halangan.

Dalam pada itu, Che Nom berkongsi tiga tip yang perlu dilakukan bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa.

-Jangan muat turun aplikasi selain dari Google Play Store.

-Pastikan alamat laman web (URL) bank adalah betul contoh : 'https://www.maybank2u.com.my'.

-Apabila memasukkan username, pastikan phrase dan gambar anda adalah betul sebelum memasukkan kata laluan. Contoh phrase seperti dalam gambar di bawah.

Baca juga: “Tolong jangan percaya”, ibu kecewa 'scammer' ambil kesempatan, nafi buka tabung sumbangan untuk Ainul

Warga maya turut berkongsi tips dan pengalaman nyaris terjerat bahana ‘scammer’.

-“Pernah kena, nasib baik perasan gambar pasword tu. Kala u tidak hilang duit dalam bank. Terus padam link tu dan download aplikasi bank yang baru (yang betul).”

“Satu cara nak tahu link selamat atau tidak, pastikan ia bermula https://, bukan http://.. S itu secured kalau tidak salah saya.”

“Terima kasih Che Nom atas pesanan khidmat masyarakat. Suami saya pun pernah ditipu, ambil duit Tabung Haji melalui Bank Rakyat.”

Baca juga: Cara baru scammer sasar pembeli online. Ini 5 langkah lindungi diri

Baca juga: Order laptop, tapi dapat plastik game display. Ini taktik baharu scammer China

Sumber: Facebook Che Nom

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca