Ini pantang larang & 20 barang penting wajib bawa bila camping dalam hutan
CUTI sekolah tidak lama lagi, apa kata kalian plan bersama kawan-kawan untuk berkhemah di dalam hutan.
Kalau pandai cari port yang cantik dan dekat dengan punca air seperti air terjun, memang syoklah sebab dapat mandi-manda air segar setiap hari.
Pun demikian, barang apa yang perlu dibawa untuk bermalam selama dua atau tiga hari? Jika tertinggal item penting, jenuh nak patah balik, kan?
Justeru, sebelum merancang ke mana-mana hutan, kalian perlu menyenaraikan perkakas penting terlebih dahulu.
Untuk mengelakkan masalah di kemudian hari, apa kata praktikkan info yang dikongsikan Bang Botak menerusi akaun TikTok miliknya.
Beliau berkongsikan 20 barang seperti berikut:
1. Khemah [Beli di sini]
2. Stove [Beli di sini]
3. Gas mudah alih [Beli di sini]
4. Groundsheet dan flysheet [Beli di sini]
5. Lampu [Beli di sini]
6. Sleeping bag [Beli di sini]
7. Insect repellant [Beli di sini]
8. Makanan kering [Beli di sini]
9. Bantal angin [Beli di sini]
10. Water tank [Beli di sini]
11. Pemetik api [Beli di sini]
12. Meja dan kerusi camping [Beli di sini]
13. Coller box [Beli di sini]
14. Cutting tools [Beli di sini]
15. Kipas angin mudah alih [Beli di sini]
16. Tilam dan pam angin [Beli di sini]
17. Messtin [Beli di sini]
18. Tali dan peti pertolongan cemas [Beli di sini]
19. Powerbank [Beli di sini]
20. Wagon [Beli di sini]
Semua item tersebut boleh dibeli di Shopee dan Lazada jer. Order cepat-cepat supaya barang cepat sampai terus depan pintu rumah.
Pun begitu, dalam keseronokan itu, bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti beriadah itu, jangan lupa untuk patuhi pantang-larang.
Bukan apa, ramai hikers yang berkongsi tip mudah sebagai panduan untuk berlibur di sana tanpa sebarang masalah.
SinarPlus kongsikan kembali hantaran yang dimuat naik Cikgu Lenz menerusi TikTok miliknya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat bising keterlaluan ketika berada di dalam rimba.
“Jangan menjerit, bersiul-siul atau memanggil nama orang tanpa sebab. Pencemaran bunyi sedemikian boleh mengganggu penghuni hutan.
“Lagi satu, jangan buang benda sembarangan. Jangan sesuka hati mengalihkan barang atau benda di kawasan khemah,” kongsinya.
Jika terlihat ular sedang melintas di hadapan ketika berada di dalam hutan, Cikgu Lenz memberitahu lebih baik kalian berpatah balik.
“Kalau ada jalan lain, better guna laluan tersebut. Jika tiada, lebih baik batalkan plan pada hari tersebut. Itu petanda tidak baik kalau ikutkan kepercayaan orang Kadazan Dusun.
Baca juga Trend berkhemah semakin popular, Lazada tawar promosi hebat buat pencinta alam
“Jangan sesekali kalian bawa barang mentah seperti telur, daging lembu atau ayam. Lebih baik bawa makanan kering saja kerana bimbang ada benda lain boleh terjadi,” nasihatnya.
Petua yang elok boleh dijadikan panduan sebagai bekalan ketika berada di dalam hutan nanti.
Jangan lupa untuk membaca doa keselamatan dan berhemahlah sepanjang berada di tempat orang. Okey!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang